Chelsea Tewas 2-0 Kepada United, Tersingkir Saingan Piala FA

February 19, 2019 - 11:11 AM


Nampaknya, skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer memberikan Maurizzio Sarri lebih tekanan ketika pengendali pasukan Chelsea berkenaan bergelut untuk mengekalkan kerusi sebagai pengurus pasukan The Blues.

Tewas 2-0 di Stamford Bridge kepada Manchester United pada perlawanan pusingan ke-5 Piala FA awal pagi tadi, maka tamatlah perjalanan Chelsea dalam kempen Piala FA.

Ramai penyoking Chelsea meninggalkan stadium lebih awal. Selepas dimalukan Manchester City, Chelsea sekali lagi tewas ditangan pasukan dari bandar Manchester.

Ini adalah 3 perkara yang kita boleh rangkumkan untuk perlawanan Chelsea vs Manchester United semalam.

#3. United Lakukan Rombakan, Chelsea Mula Dengan Skuad ‘Kuat’

Seperti yang kita sedia maklum, United menerima kekalahan pertama pada minggu lalu kepada PSG dan ia ternyata satu tamparan buat semua peminat dan pasukan sendiri. Martial dan Lingard tidak diturunkan dan diganti oleh Lukaku dan Juan Mata.

United merehatkan De Gea walaupun penjaga gol berkenaan cergas, memberi ruang kepada Sergio Romero yang bertindak cemerlang untuk memastikan United tidak bolos.

 

#2. Pogba, Herrera Ranapkan Chelsea Sebelum Rehat

Perlawanan boleh dikatakan berlangsung dengan ‘pace’ yang agak laju oleh kedua-dua pasukan. Walaupun ada satu masa, Chelsea memegang 72% daripada penguasaan bola, tetapi United tenang mengatur serangan.

Pogba berjaya mengelirukan pemain Chelsea dengan skill yang menarik sebelum menghantar bola cantik ke hadapan penjaga gol Chelsea. Ander Herrera berjaya menyambar hantaran berkenaan dan penjaga gol termahal dunia itu hanya mampu melihat bola masuk ke gawang.

Sebelum tamat separuh masa pertama, United diserang bertubi-tubi namun Chelsea gagal menembusi benteng pertahanan United. Paul Pogba kemudiannya menantuk kemas bola hantaran Rashford untuk memberikan gol kedua kepada United.

#1. Keputusan Pengadil

Malam semalam menyaksikan pengadil perlawanan, Kevin Friend seakan-akan menyebelahi Chelsea. Matic dan Hererra dilayangkan kad kuning selepas menjatuhkan Eden Hazard.

Matic kemudiannya berhadapan layangan kad merah, namun pengendali perlawanan hanya memberikan amaran terakhir dan membuatkan jurulatih Chelsea menjerit kemarahan di tepi padang.

Saksikan rangkuman perlawanan Chelsea vs Manchester United pagi tadi :