Chelsea Tewaskan Spurs; Jumpa Manchester City Di Final Piala EFL

January 25, 2019 - 08:13 AM


Chelsea berjaya mengetepikan Tottenham Hotspur untuk menempah tiket ke perlawanan akhir Piala EFL malam tadi dengan penentuan sepakan penalti setelah keputusan masa penuh berakhir dengan 2-1.

Tewas 0-1 dalam perlawanan pertama separuh akhir, Chelsea menjaya mendapatkan gol pada minit ke-27 menerusi Kante sebelum ditambah oleh Eden Hazard pada minit ke-38. Hampir pasti ke final, dengan kelebihan satu gol, Chelsea gagal mempertahankan gawang mereka apabila Fernando Llorente menjaringkan gol pada minit ke 50 dan mengikat Chelsea pada agregat 2-2.

Perlawanan terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti apabila kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol sehingga tamat masa tambahan.

Eric Dier dan Lucas Mora gagal menyempurnakan sepakan penalti mereka dan jaringan penalti ke-4 oleh David Luiz sudah cukup untuk membawa Chelsea ke final Piala EFL untuk bertemu Manchester City yang sebelum itu menang dengan agregat yang besar ke atas Burton.

Perlawanan akhir Piala EFL akan berlangsung pada 25 Februari 2019 di Stadium Wembley. Mampukah Chelsea menundukkan City? Atau City berjaya mengekalkan kejuaraan? Sama-sama kita nantikan 25 Februari nanti.

 

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video