“Dapatkan Penyerang Atau Saya Tinggalkan Kelab Ini” – Lionel Messi Ugut Tinggalkan Barcelona

February 18, 2019 - 05:01 PM


Sebuah web sukan berpangkalan di Sepanyol melaporkan Lionel Messi mahu tinggaklan Barcelona sekiranya kelab berkenaan gagal mendapatkan dua penyerang berstatus bintang yang dimahukan oleh pemain berkenaan.

Messi dikatakan berang kerana Barcelona gagal membeli pemain baru untuk menggantikan Luis Suarez yang dikatakan telah hilang sentuhannya. Don Balon dalam masa yang sama memetic, dua penyerang yang dimaksudkan Messi adalah peyerang sensasi Tottenham Hotspur, Harry Kane dan Kylian Mbappe dari PSG.

Dalam amsa yang sama, Messi dikatakan tidak berpuas hati apabila Barcelona mendapatkan khidmat Boateng sebagai striker simpanan pada jendela perpindahan Januari lalu.

Kalau nak diikutkan, ada banyak nama penyerang yang telah disenaraikan oleh Barcelona namun kesemuanya tidak dapat memuaskan hati Messi dan menganggap pemain-pemain tersebut tak dapat berikan apa yang dia mahukan seperti Suarez.

Antara nama-nama yang ada dalam senarai termasuklah, Timo Werner, Maxi Gomex dan Luka Jovic. Kesemuanya ditolak oleh Messi. Melainkan Barcelona sedia untuk berbelanja besar untuk dapatkan Mbappe atau Harry Kane, Messi dikatakan bersedia untuk ‘angkat kaki’.