Diserang ‘Kem Khabib’ Selepas Tewas – McGregor Tolak Untuk Buat Laporan

October 08, 2018 - 12:20 PM


Secara tiba-tiba, banjir newsfeed Facebook dengan Twitter pasal Khabib Nurmagomedov – McGregor, dan pasal UFC 229.

Ada yang menyebelahi Khabib dan tak kurang juga yang kata perbuatan kemnya itu tak beretika dan ‘unsportmanship’ dan menyebelahi McGregor.

Susulan pergaduhan yang tercetus selepas tamat perlawanan main-event antara Khabib dan McGregor, tiga individu dan juga rakan sepasukan Khabib telah ditahan menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden UFC iaitu Dana White.

Ketiga-tiganya kemudian dibebaskan kerana McGregor tidak mahu membuat sebarang pendakwaan. Walaupun tiada tindakan undang-undang dikenakan, Dana White berkata insiden tersebut yang menyaksikan dua rakan sepasukan Khabib yang dipercayai fighter UFC juga tidak akan dibenarkan berlawan selepas ini.

PROMOSI MELAMPAU

Dalam banyak-banyak posting berkaitan McGregor – Khabib ni, ada yang mengatakan McGregor patut terima atas sebab-sebab sebelum ini. Termasuklah penghinaan terhadap keluarga, negara dan isu perkauman.

Ada pendapat mengatakan yang SEMUA ini sebenarnya dirancang, cuma ia menjadi buruk! Menurut Daniel Cormier (juara heavy weight dan light heavy weight UFC), perlawanan dengan McGregor adalah perlawanan ‘peribadi’ Khabib.

Memilih untuk bersimpati terhadap apa yang berlaku kepada McGregor, Cormier juga jelas tidak bersetuju dengan promosi melampau yang dilakukan. “McGregor tak patut terima sedemikian. Tapi, ada beberapa perkara yang tak boleh digunakan untuk promosikan perlawanan. Agama, keluarga dan negara. Baling barang (rel besi) di Brooklyn”.

Dalam masa yang sama, Khabib memohon maaf kepada pihak berkuasa Las Vegas dan pihak Suruhanjaya Atlet dalam siding akhbar selepas perlawanan UFC229 semalam. Walaupun insiden ini masih dalam siasatan pihak Suruhanjaya Altlet Nevada, mereka masih ‘menahan’ habuan yang patut diterima oleh Khabib sebanyak 2 juta, manakala McGregor menerima 3juta daripada perlawanan tersebut (walaupun tewas).

Khabib dan rakan sepasukannya dijangkakan kehilangan kejuaraan yang dimenanginya sekiranya terbukti bersalah dan digantung oleh Suruhanjaya Altlet, dan proses untuk mendapatkan visa selepas ini mungkin menjadi sukar.