EPL Minggu 32 – Minggu Double Gameweek Bro!

March 28, 2019 - 01:08 PM


Setelah rehat panjang untuk beri laluan kepada perlawanan antarabangsa, minggu ini EPL kembali bersambung untuk saingan minggu ke-32 dan minggu ni agak penting kerana team atasan liga main dua kali, satu silapan akan menyebabkan ketinggalan mata.

Untuk pemain atau manager Fantasy Premier League, minggu double gameweek ni memang sentiasa ditunggu. Masing-masing aka nada strategi sendiri, sama ada gunakan triple captain, wild card ataupun bench boost.

Manchester City dan Chelsea pada gameweek ini nampaknya mempunyai perlawanan yang menarik tapi persoalannya, pemain mana yang akan bermain kedua-dua perlawanan dan pemain mana yang mungkin akan direhatkan atau tak bermain 90 minit?

Berikut adalah pemain yang pada pendapat pundit dan scout akan memberikan mata yang banyak dan boleh diberikan captain band.

#1. Raheem Sterling vs Fulham (A), Cardiff (H)

Sterling adalah nama yang paling disebut-sebut sebagai pemain terbaik musim ini. Setakat ini, Sterling telah terlibat dalam 28 gol untuk City selain dua hatrik dalam perlawanan bulan ini.

Cuma, risikonya disini ialah Sterling mungkin tidak diturunkan kedua-dua perlawanan. Main 180 init untuk England dalam jendela perlawanan antarabangsa baru-baru ini.

 

#2. Sergio Aguero vs Fulham (A), Cardiff (H)

Selain Sterling, nama yang boleh diletakkan sebagai Captain untuk mendapatkan mata berganda adalah Aguero. Boleh dikatakan watak penting dalam kedua-dua perlawanan City untuk minggu ini.

Aguero juga mendapat rehat yang cukup disebabkan Argentina tidak menggunakan khidmatnya.

Setakat ini, Aguero adalah top scorer untuk EPL dengan 18 gol dan striker paling banyak mendapat mata di FPL. Cuma, kena ingat yang City akan menentang Brighton untuk saingan piala FA tiga hari selepas perlawanan dengan Cardiff. Jadi, status sama ada dia akan main 90 minit penuh tu masih diragui jugak.

 

#3. Harry Kane vs Liverpool (A), Crystal Palace (H)

Kane antara striker yang diyakini bermain untuk kedua-dua perlawanan Tottenham. Kalau nak ikutkan, rekod Kane menentang Liverpool dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini sangat cantik dan melawan Palace, semestinya dia nak ‘buka akaun’ dengan cemerlang di stadium baru.

Walaupun dilanda kecederaan semasa menentang United, selepas itu Kane masih mampu untuk kembali dengan 5 jaringan gol dan membantu dalam 2 gol dalam 4 perlawanan selepas itu.

 

#4. Eden Hazard vs Cardiff (A), Brighton (H)

Musim sebelum ini, Hazard mengutip 33 mata dalam kedua-dua perlawanan sama. Musim ini mungkin dia akan ulangi persembahan yang sama.

Nak letakkan sebagai captain, mungkin agak berisiko sebab dalam 11 perlawanan sebelum ini Hazard tak menumbang sangat pun.

Apa yang positif, dia hampir pasti diturunkan dalam kedua-dua perlawanan dan tak mustahil menjadi top scorer pada minggu ke-32 ni.

 

#5. Aubemeyang vs Newcastle (H)

Dalam senarai kali ni, hanya Aubemeyang yang mempunyai 1 perlawanan. Faktor yang melayakkan Aubemeyang berada dalam senarai ni bak kata ramai pundit adalah konsisten yang ditunjukkan.

Dalam 8 perlawanan terakhir Arsenal di Home, Aubemeyang berjaya menjaringkan 8 gol dan 4 assist.

Nota Editor : Meletakkan Pogba sebagai taruhan Captain double gameweek kali ni. Harap-harap berbaloi lah.


| LIGA FANTASY RILEKLAH |

Liga Fantasi Rileklah masih diteruskan untuk bulan Mac nanti. Macam-macam hadiah menarik akan kami sediakan untuk korang yang join, kalau ada yang menang untuk bulan-bulan sebelum ini, korang boleh check dekat : Pemenang Bulanan Liga Fantasi Rileklah

Untuk join Liga Fantasi Rileklah; korang masukkan code ini ye : [1094348-245657 ]

Pemenang pertama Liga Fantasi Rileklah untuk bulan Mac akan menerima voucher penginapan untuk 2H 1M DI Hotel Sunway Velocity, Kuala Lumpur.

Pemenang kedua dan ketiga akan menerima voucher Sport Direct bernilai RM50.

Sunway Velocity Hotel

Mempunyai 351 buah bilik kesemuanya, hotel ini sebenarnya bersambung dengan sebuah pusat beli belah iaitu Sunway Velocity Mall.

PROMOSI TERKINI SUNWAY VELOCITY

Untuk tempahan terus di laman web Sunway Velocity, mereka tawarkan diskaun sebanyak 15% keatas 'Best Available Rate'. 

20 voucher rebat dan diskaun diberikan untuk tempahan yang dilakukan secara terus dari website Sunway Velocity Hotel. 

Baca selanjutnya di Sunway Velocity Hotel : Promotion