F:30 - FAM Sasar Malaysia Antara 5 Pasukan Terbaik Asia Menjelang 2030

November 01, 2018 - 11:33 AM


Sejak seminggu lepas, kitorang perasan ada sesuatu di laman Facebook rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Merujuk kepada posting tersebut, hanya berbentuk sekeping gambar ‘countdown’ ada tulisan F:30.

Macam biasa, peminat-peminat serta penyokong mula lah membanjiri komen. Masing-masing dengan spekulasi sendiri. Ada yang kata jersi, ada yang kata berkenaan AFF dan macam-macam lagi.

Rupa-rupanya F:30 yang dimaksudkan adalah Program Peta Hala Tuju atau Roadmap FAM. Program ini dikatakan adalah perencanaan tepat dan ia mensasarkan pasukan bola sepak Malaysia untuk menjadi antara 5 pasukan terbaik di Asia menjelang 2030. Asia tau, bukan Asia Tenggara.

Apa yang kitorang faham, Peta Hala Tuju ini akan dinilai dalam tempoh 12 tahun dan dibahagikan kepada tiga pelan strategik atau tiga fasa.

  • Fasa pertama (2019-2022) untuk membina asas kukuh dari sudut urus tadbir dan juga pembangunan serta infrastruktur.

  • Fasa kedua (2023-2026) mencapai peringkat Asia - akan dilancarkan pada 2022
  • Fasa ke-3 (2027-2030) melahirkan sebuah pasukan kebangsaan yang bertaraf dunia - akan dilancarkan pada 2026

Walaupun buat masa ini, negara telah mempunyai program pembangunan akar umbi iaitu PPBN namun F:30 ini dilihat sebagai simbol kesungguhan FAM untuk melaksanakan pelan pembangunan yang menyeluruh.

Muat Turun Kandungan Penuh F:30

Kami harap, F:30 ini akan berhasil dan bukan sekadar ‘sembang’ tuan presiden lagilah. Apa-apa pun, penyokong dan peminat sudah pasti menantikan hasilnya pada 2030 nanti.

Sementara itu, jom kita ke Stadium Nasional Bukit Jalil ramai-ramai Sabtu ini. Perlawanan persahabatan terakhir skuad Harimau Malaya sebelum ke kejohanan Piala AFF Suzuki nanti.