
Jendela Perpindahan : Diogo Dalot Bintang Muda Portugal Yang Bakal Menyinar Di Old Trafford
Nampaknya pengurus Manchester United, Jose Mourinho betul-betul memanfaatkan spending power yang ada pada kelab berkenaan. Setelah mengakhiri musim lalu hanya di tempat kedua, tewas Final Piala FA dan tersingkir di Champions League, Mourinho cuba membawa muka-muka baharu sebagai memperkuatkan skuadnya pada musim hadapan.
Semalam, seorang pemain pertahanan dari Portugal telah berjaya dipancing oleh Mourinho bagi memperkuatkan barisan pertahanan yang mana juga masalah utama pasukan United musim ini.
Muncul sebagai pemain muda harapan oeleh Goal.com, Diogo Dalot dikhabarkan menandatangani kontrak sejumlah 19 juta pound dan sekaligus membawanya dari Porto ke Manchester United dengan kontrak selama 5 tahun.
Sebelum ini, Dalot juga pernah dirisik beberapa kelab seperti Benfica, Sporting Lisbon dan juga Bayern . Namun atas beberapa sebab yang tak dapat diketahui, Bayern tidak ingain melanjutkan minat mereka terhadap pemain ini.
Dengan penambahan Dalot serta pemain tengah dari Brazil, Fred yang juga baru ditandatangani oleh United, nampaknya Mourinho mahu merampas semula kejuaraan Liga Inggeris daripada jiran mereka iaitu Manchester City.
Menurut Goal.com, berkemungkinan Dalot akan bermain diposisi kegemarannya iaitu bek kanan dan Antonio Valencia diketepikan.
Jika Dalot dimainkan di sebelah kiri, maka Valencia akan diturunkan. Manakala di tengah, kehadiran Fred diharapkan dapat menambah dinamik pasukan dan mengimbangkan peranan Paul Pogba di bahagian tengah.
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video