Jepun Lancar ‘Masjid Bergerak’ Menjelang Sukan Olimpik 2020

August 01, 2019 - 02:23 PM


Sukan Olimpik merupakan acara sukan paling dinantikan oleh para atlet dan peminat – peminat pelbagai sukan dari seluruh dunia. Acara yang berprestij ini saban tahun akan disertai lebih daripada 200 negara yang akan mengambil bahagian dalam pelbagai disiplin sukan.

Diadakan 4 tahun sekali, sukan olimpik terbahagi kepada dua iaitu Summer Oympic dan Winter Olympic dan untuk acara Summer Olympic 2020, tahun ini akan diadakan di Tokyo Jepun.

Dijadualkan bermula pada 27 Julai 2020 hingga 9 Ogos 2020, nampaknya pihak Jepun telah mengorak langkah dan mendapat perhatian selepas memperkenalkan pingat untuk edisi kali ini yang diperbuat daripada bahan elektronik terpakai.

Sesuai dengan status ‘tuan rumah’ kepada acara yang akan membawa jutaan pengunjung, kerajaan Jepun baru – baru ini telah melancarkan Masjid Bergerak untuk kemudahan orang awam yang ingin meyaksikan kejohanan sukan paling berprestij tersebut.

Menurut Ketua Pengarah Urusan Yasu Project, Yasuharu Inoue dalam satu laporan berkata budaya omotenashi atau ‘Hospitaliti Jepun’ akan dibawakan dan dikongsi dengan orang Muslim yang bakal ke sana.

Difahamkan, masjid bergerak ini menggunakan trak 25 tan dan ianya boleh dibuka untuk memuatkan 50 orang Jemaah untuk mengerjakan solat pada satu – satu masa. Ia juga akan mempunyai kemudahan untuk mengambil wuduk yang terletak dibahagian luar trak.

Masjib Bergerak ini akan ditempatkan di beberapa destinasi atau lokasi sukan untuk memenuhi kehendak dan memudahkan komuniti muslim yang hadir untuk memeriahkan lagi Tokyo 2020 ini.

Sumber : Web | Aljazeera

Destination: