Jersi ‘Away’ Baru Manchester United Musim 2018/2019

August 29, 2018 - 07:18 PM


Pemilihan warna pada jersi ni akan jadi topik hangat nanti.

Mana tidaknya, saat pasukan Red Devils ini tidak mencatatkan sebarang kemenangan pada 2 perlawanan sebelum ini, Adidas perkenalkan pula jersi ‘away’ United yang berwarna merah jambu!

Untuk pertama kalinya, United akan bermain dalam jersey yang berwarna merah jambu; sama seperti away kit Juventus pada musim 2015/16 lalu.

Sebelum ‘haters’ semua mengecam, dan menjadi bahan ‘troll’, seperti jersi ‘alas meja’ United satu masa dulu, pemilihan warna merah jambu adalah kerana itu adalah warna surat khabar Manchester Evening News yang merupakan surat khabar favourite penyokong United.

Jersey ini sebenarnya telah mula dijual di kedai Adidas di Manchester pada semalam dan hari ini sebelum memasuki kesemua butik Adidas dan kedai ramsi Manchester United pada 13 September nanti.

So, macam mana peminat Man United sekalian? Warna pink ni macam ‘menganjing’ prestasi semasa pasukan ke? Hehehe