“Jika Liverpool Dapatkan Dabour, Saya Angkat Kaki” – Mo Salah

January 07, 2019 - 11:38 AM


Jurgen Klopp nampaknya ingin memperkuatkan pasukan Liverpool apabila mula berminat dengan beberapa pamin ternama untuk di tandatangani pada jendela perpindahan Januari. Salah seorang yang berada dalam pemerhatian adalah pemain FC Red Bull Salzburg iaitu Moane Dabour.

Liverpool dikatakan berminat nak dapatkan Dabour, tetapi mereka perlu kehilangan Mohamed Salah! Hal ini ternyata memeningkan kepala pengendali Liverpool Jurgen Klopp.

Seperti yang kita ketahui, Liverpool berada di tahap sekarang ni atas persembahan dan bantuan Mo Salah. Jadi, bila Salah tak setuju untuk bermain dan berada dalam satu pasukan dengan Dabour, Liverpool dan Klopp perlu bifikir panjang tentang perpindahan ini.

Dapat Dabour, hilang Mo Salah ataupun, nak kekalkan Mo Salah, dan cari pemain lain. Sebabnya, Dabour adalah pemain kebangsaan Israel dan Salah pula cukup dikenali sebagai pemain EPL yang beragama Islam. Sudah tentu untuk bersama dan bermain dalam satu pasukan adalah sesuatu yang mustahil.

Kalau nak diikutkan, ini bukan kali pertama Salah melakukan protes ke atas Israel kerana sebelum ini dia enggan berjabat tangan dengan pemain Liga Israel, Maccabi Tel Aviv ketika Basel bertemu kelab berkenaan pada 2014.

Moane Dabour memang mencuri perhatian ramai apabila pada musim lepas, pemain kelahiran Israel itu menjaringkan 22 gol dalam 32 perlawanan.

Mo Salah pula sekeras-kerasnya menolak kehadiran Dabour dan memilih untuk ‘angkat kaki’ jika The Reds benar mahukan pemain berkenaan. Salah merupakan penjaring terbanyak pasukan Liverpool dengan 16 gol di semua kejohanan setakat ini.