Jom Tengok Pasangan Pemain Bola Sepak Terkemuka Dunia Selain Shakira

June 28, 2018 - 12:00 PM


Betul apa orang kata, disebalik kejayaan seorang lelaki, pasti ada wanita di sebaliknya. Kalau korang ikut perjalanan David Beckham, korang mesti tahu disebalik namanya yang gah, pasangannya sentiasa ada dibelakang beliau. Walau baru-baru ini ada kontroversi rumah tangga dengarnya, tapi setakat ini, hubungan David Beckham dan Victoria semakin utuh.

Lupakan kisah Beckham sekejap, ini sempena Piala Dunia 2018, kitorang akan senaraikan sosok-sosok penting yang sentiasa ada di sebalik kejayaan seorang pemain bola sepak.

Isteri & Teman Wanita pemain England di Russia.

Tak kiralah waktu kalah, waktu menang, inilah 8 wanita hebat yang ada di sebalik karier pemain bola sepak ternama.

 

#1. Georgina Rodriguez

Boleh kata kita jarang dengar gossip berkenaan pasangan Georgina ni. Berusia 22 tahun, Georgina boleh dikatakan gadis yang palin dicemburui oleh wanita-wanita dekat luar sana.

Walaupun baru berusia 22 tahun, beliau dan pasangan telah mempunyai 3 orang cahaya mata. Pasangan Cristiano Ronaldo ini juga merupakan ibu kepada tiga anak Ronaldo iaitu Ronaldo Jr, serta kembar Eva dan Mateo.

 

#2. Antonella Roccuzzo

Lebih memilih gaya hidup yang low profile, tidak hairanlah jika nama beliau tidak sepopular pasangannya yang kini bermain untuk pasukan Argentina.

Walaupun tidak bekerjaya, Antonella adalah individu penting disebalik naik turun Lionel Messi. Dikhabarkan, Antonella adalah best friend Messi sejak kecil dan telah mengahwini Messi pada 30 Jun tahun lepas.

Mereka dikurniakan 3 orang anak iaitu Thiago, Mateo dan Ciro.

 

#3. Andrea Duro

Andrea Duro merupakan salah seorang aktres popular di TV  Sepanyol dan kejelitaan wanita ini telah menarik perhatian Javier Hernandez.

Katanya, Javier Hernandez yang bermain untuk Mexico ini sedang hangat bercinta dan dalam perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat.

 

#4. Bruna Marquezine

Memulakan karier sebagai palakon kanak-kanak, wanita ini juga merupakan seorang supermodel. Padanlah dengan individu yang menjadi pasangannya iaitu Neymar!

Digelar Posh and Becks Brazil, pasangan ini sebenarnya telah banyak kali break-up dan sambung semula hubungan mereka. Namun, hubungan yang mereka jalinkan ini kekal hingga kini.

Untung Neymar…

 

#5. Ruby Mae

Juga merupakan seorang model berprofil tinggi, Ruby pernah memperaga untuk jenama-jenama besar. Ruby Mae juga dikhabarkan berada di bawah pengurusan Boss Models Management.

Siapa pasangan beliau? Tak lain tak bukan ialah pemain England, Dele Alli.

#6. Edurne Garcia Almagro

Manjalinkan hubungan bersama pasangannya sejak 2010, Edurne juga sebenarnya seorang penyanyi dan pelakon yang berjaya di Sepanyol.

Berusia 33 tahun, Edurne merupakan teman wanita kepada penjaga gol sensasi Sepanyol, David De Gea. Tapi, tu lah persembahannya De Gea pada edisi kali ini agak kurang memuaskan. Gaduh dengan girlfriend lettew.

 

#7. Noemie Happart

Yannick Carrasco merupakan lelaki paling bertuah. Mana tidaknya, pasangan Yannick Carrasco merupakan seorang model dan juga ratu cantik di Belgium.

Mereka berkahwin pada tahun 2017 sebelum berpindah ke Chine.

 

#8. Daniela Ospina

Macam familiar je nama Ospina ni kan? Ye, beliau adalah adik kepada penjaga gol Columbia iaitu David Ospina.

Merupakan seorang model dan juga aktivis kesihatan, Daniela Ospina adalah isteri kepada James Rodriguez. Dikurniakan seorang cahaya mata, Daniela dan James Rdriguez telah berkahwin pada tahun 2011.