
“Kami Tak Layak Menang” – Pogba
Ketika pasukan-pasukan besar seperti Chelsea, Manchester City dan Totenham masing-masing memperoleh kemenangan kedua dan mengutip 3 mata, Manchester United dikejutkan oleh Brighton & Hove Albion pada perlawanan mereka malam tadi.
Ketua pasukan, Paul Pobga ternyata berang dengan persembahan yang ditunjukkan oleh rakan-rakannya pada perlawanan malam semalam.
Tewas 3-2 di tangan Brighton, United kinai menduduki tangga ke-10 liga dan ketika ditemubual oleh Sky Sport, ternyata Pogba agak kecewa dengan sikap sambil lewa pasukan termasuk dirinya sendiri.
Walaubagaimanapun, Pogba tidak menyatakan yang persembahan teruk mereka pada babak pertama adalah disebabkan taktikal jurulatih mereka; Jose Mourinho. Memilih untuk tidak menjawab soalan berkenaan, Pogba malah meminta wartawan menayakan soalan tersebut terus kepada bossnya itu.
United sekali lagi nampaknya bergelut dengan masalah pertahanan, dan dengan barisan pemain yang ada, Mourinho sendiri akui yang mereka agak sukar untuk kekalkan kedudukan ‘empat terbaik’ untuk musim ini.
Dengan khabar angin mengatakan Zinedine Zidane berminat untuk menerajui United selepas ini, adakah pemain ‘sengaja’ tidak mahu bermain bersungguh-sungguh ataupun sememangnya itu sahaja kemampuan United.
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video