Kemenangan Pertama Buat Skuad Bola Sepak B-23 Di Sukan Asia

August 16, 2018 - 01:07 PM


Masalah kekurangan pemain sebelum ini sedikit pun tak menjejaskan rentak skuad B-23 negara bawah pimpinan Datuk Ong Kim Swee selepas memulakan kempen Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 dengan kemenangan 3-1 ke atas Kyrgystan malam semalam.

Kredit : FAM

Gol-gol pasukan Malaysia dijaringkan oleh Safawi Rasid, Muhammad Akhyar dan Syafiq Ahmad. Pengendali Skuad B-23 ternyata berpuas hati dengan prestasi kesemua anak buahnya namun mengakui ada beberapa penambahbaikan perlu dilakukan sebelum menentang juara bertahan Korea Selatan pada perlawanan seterusnya.

Kemenangan Malaysia meletakkan mereka di tangga ke-dua kumpulan E di bawah Korea Selatan dengan beza jaringan. Kedua-dua pasukan akan bertemu pada Jumaat ini (17/8/2018) pada jam 7.00pm waktu tempatan.

 

Di atas kertas, memang nampak macam tak ada peluang, namun dalam bola sepak, apa-apa pun boleh terjadi selagi perlawanan belum habis.