Keputusan Perlawanan Champions League – Perlawanan Pertama Kumpulan E,F,G dan H





Perlawanan pertama untuk kumpulan E,F,G dan H menyaksikan pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo dilayangkan kad merah pada perlawanan Juventus menentang Valencia.

8 perlawanan yang berlangsung semalam, menyaksikan 24 gol berjaya dihasilkan dan tumbangnya salah sebuah gergasi liga EPL, iaitu Manchester City ditangan Lyon.

Ini adalah keputusan perlawanan Champions League 20/9/2018.

 

Perkara Yang Korang Patut Tahu Pada Perlawanan Awal Pagi Tadi :

#1. Ronaldo Menangis Meninggalkan Padang –

Walaupun Juventus berjaya mengatasi Valencia 2-0, debut Ronaldo untuk Juventus dalam saingan Champions League hanya bertahan selama 29 minit, sebelum beliau terlibat dalam satu insiden yang menyaksikan pengadil melayangkan kad merah kepadanya.

#2. Manchester City Bersedih –

Sebelum perlawanan bermula, tak siapa yang sangka Lyon mampu tewaskan City. Kunci kejayaan Lyon adalah penjaga golnya Anthony Lopes, kerana City membuat 22 percubaan ke arah gol, 8 daripadanya percubaan tepat dan menguasai 70% daripada perlawanan.

#3. Real Tak Ada Masalah Tanpa Ronaldo –

Ada pendapat yang mengatakan Real akan bermasalah tanpa Ronaldo, tetapi mereka menyangkal dakwaan tersebut dengan kemenangan selesa 3-0 berdepan AS Roma.

#4. United Mulakan Kempen Dengan Langkah Kanan –

Menentang kelab Young Boys daripada Switzerland, persembahan United di gelanggang lawan ni patut mendapat pujian. Selain itu, Pogba ‘Juventus’ kembali menunjukkan taring dengan satu jaringan cantik dan berjaya sempurnakan satu sepakan penalty.

 

;