Liverpool Bantai Watford 5-0, City Kini Tangga Ke-2 Liga

February 28, 2019 - 10:41 AM


Malam tadi atau lebih tepat awal pagi tadi, 6 perlawanan melibatkan pasukan ‘top 4’ EPL dan hanya Tottenham Hotspur gagal mendapat 3 mata setelah tewas 0-2 kepada Chelsea.

Arsenal 5 – 1 AFC Bournemouth

Arsenal ‘mengamuk’ di Stadium Emirates semalam dengan gandingan Mesut Ozil dan Henrikh Mkhitaryan hanya perlukan 4 minit untuk mendapatkan gol pertama.

Lain-lain gol Arsenal dijaringkan oleh Mkhitaryan (27), Koscielny (47), Aubemeyang (59) dan Lacazette (78). Gol sagu hati AFC Bournemouth dijaringkan oleh Mousset pada minit ke – 30.

 

Chelsea 2 – 0 Tottenham Hotspur

Kesilapan penjaga gol Tottenham, Hugo Lloris membenarkan Pedro meng- ‘ole’  dirinya pada minit ke-57 sebelum beliau dan Kieran Trippier mempunyai sedikit salah faham menyebabkan Trippier menjaringkan gol sendiri.

Kekalahan ini membuatkan Spurs ketinggalan 8 mata di belakang City dan 9 mata di belakang pendahulu liga, Liverpool.

 

Crystal Palace 1 – 3 Manchester United

Manchester United mungkin berdepan dengan masalah kecederaan namun mereka masih berjaya membawa pulang 3 mata berharga untuk kekal sebagai pencabar pasukan ‘top 4’.

Romelu Lukaku, mengakhirkan kemarau gol 9 perlawanan dengan jaringan 2 gol, sebelum ditambah oleh Ashley Young pada minit ke-83. Kemenangan ini menyaksikan United melebarkan rekod tanpa kalah di tempat lawan dalam semua pertandingan.

 

Liverpool 5 – 0 Watford

Dengan kemenangan ke atas Watford, Liverpool kini ‘gayat’ di puncak liga dengan kelebihan 1 mata. Liverpool memulakan ‘pembantaian’ Watford dengan jaringan Sadio Mane pada minit ke- 9. Virgil van Dijk berjaya jaringkan 2 gol.

3 seri dan 1 menang dalam 4 perlawanan terakhir telah berikan sedikit kelebihan kepada Liverpool untuk terus jadi penghalang Manchester City untuk jadi juara musim ini.

Hujung minggu nanti, Liverpool akan bertemu Everton dan City berdepan dengan AFC Bournemouth.

 

Manchester City 1 – 0 West Ham

Sepakan penalty Sergio Aguero pada minit ke-59 telah membantu Manchester City tumpaskan West Ham di Stadium Etihad.

Tewaskan Chelsea dalam final Piala EFL baru-baru ini, City nampak goyah dan tidak beraksi dengan sepenuhnya menentang pasukan yang dibimbing bekas pengurus mereka Manuel Pallegrini.

City kini menduduki tempat ke-2, 1 mata dibelakang Liverpool.

| LIGA FANTASY RILEKLAH |

Liga Fantasi Rileklah masih diteruskan untuk bulan Mac nanti. Macam-macam hadiah menarik akan kami sediakan untuk korang yang join, kalau ada yang menang untuk bulan-bulan sebelum ini, korang boleh check dekat : Pemenang Liga Fantasi Rileklah Setiap Bulan 

Pemenang untuk Februari jugak kami akan umumkan lepas kiraan mata FPL selesai, mungkin ada yang ditambah untuk bonus point dan sebagainya... 

Untuk join Liga Fantasi Rileklah; korang masukkan code ini ye : [1094348-245657 ]

Jangan lupa like, dan follow page kami di bawah ni untuk dapatkan update tentang Fantasy Premier League dan pengumuman pemenang... 

| HADIAH BULAN MAC |

Top 3 manager untuk bulan MAC akan menerima voucher penginapan di Hotel di Kuala Lumpur. Pemenang pertama akan menerima voucher untuk 2H 1M DI Hotel Sunway Velocity, Kuala Lumpur.


Pemenang kedua dan ketiga akan menerima voucher Sport Direct bernilai RM50

Sunway Velocity Hotel

Terletak 3.8 kilometer dari bandar Kuala Lumpur, perjalanan ke Sunway Velocity Hotel sangat mudah dengan adanya pengangkutan awam seperti MRT. Dalam masa yang sama, perjalanan ke KLIA hanya mengambil masa 45 minit.

Mempunyai 351 buah bilik kesemuanya, hotel ini sebenarnya bersambung dengan sebuah pusat beli belah iaitu Sunway Velocity Mall.

Maklumat lanjut atau tempahan hotel boleh dibuat melalui laman web Sunway Velocity Hotel 

Pemenang Januari :