Manchester United Kejutkan PSG – Solskjaer Ulangi Keajaiban 1999!





Tiga minggu sudah, United tewas 0-2 kepada PSG di laman sendiri. Ramai yang bercakap-cakap yang harapan United untuk ke peringkat seterusnya tipis. Ternyata, perkara tersebut salah! United dan Ole Gunnar Solskjaer berjaya buktikan yang apa-apa pun mustahil selagi 90 minit perlawanan belum berakhir.

Perlawanan awal pagi tadi boleh dikatakan ‘bapak’ segala comeback yang pernah dilakukan United. Ole Gunnar Solskjaer dah lakukan pada 1999 sebagai pemain, 20 tahun kemudian, dia lakukan lagi sebagai pengurus pasukan!

Jarang ada pasukan yang mampu melawan dan menang dalam Champions League setelah tewas 0-2 pada perlawanan pertama.

United perlu berterima kasih kepada VAR yang menyebelahi mereka dan keputusan di Paris tadi, adalah sesuatu yang akan diperkatakan dalam masa yang lama.

Masa penuh, United 3 – 1 PSG ( Agregat 3 - 3) tetapi United mara ke pusingan seterusnya atas kelebihan jaringan tempat lawan.

 

Photo Credit : FB | Manchester United / Getty