Menjelang Perlawanan Malaysia Vs Kyrgystan – Apa Yang Peminat Perlu Tahu

October 16, 2018 - 12:26 PM


Malam ini, akan berlangsungnya perlawanan persahabatan ‘A’ antara Malaysia dan Kyrgyzstan. Masing-masing dengan misi tersendiri. Anak buah Tan Cheng Hoe semestinya sedang melakukan persiapan menjelang kejohanan AFF, manakala Kyrgystan akan bersaing dalam Piala Asia.

Membawa momentum kemenangan 4-1 menentang Sri Lanka Jumaat lalu, Malaysia yang kini menduduki ranking ke-171 FIFA akan menjadi tuan rumah. Perlawanan malam ini akan berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka pada jam 8.45 malam.

Krygystan setakat ini menghuni tangga ke-91 FIFA dan perlawanan malam nanti adalah pertemuan pertama kedua-dua pasukan dalam peringkat tertinggi.

Rekod Pertemuan Sebelum Ini

Kalau nak dibandingkan rekod pertemuan terdahulu, dalam lima perlawanan terakhir, skuad Harimau Malaya memenangi empat daripada lima dan tewas 0-2 kepada Chinese Taipei.

Kyrgyztan pula tidak banyak adakan perlawanan persahabatan, cuma jadual mereka padat dengan perlawanan kelayakan Piala Asia (2 daripada 5 perlawanan). Kedua-dua perlawanan kelayakan mereka menang, menentang India dan Myanmar, tiga perlawanan persahabatan selepas ini mencatat 1 menang, 1 seri dan 1 kalah.

Apa yang menarik, sejak 2017, pasukan Krygyztan telah adakan empat perlawanan menentang kelab dari Asia Tenggara dan kesemuanya menang. Jadi, Malaysia dijangkakan bertemu lawan yang sukar kalau kita nak bandingkan rekod atas kertas.

Selepas Perlawanan Malam Ini

Selepas aksi malam ini, skuad Harimau Malaya akan menentang Maldives dalam misi persiapan menjelang kejohanan AFF pada 3 November manakala Kyrgyztan akan bertemu Jepun dalam perlawanan persahabatan pada 20 November.

Ramalan Keputusan Malam Ini

Kalau nak diikutkan prestasi semasa, ada kemungkinan perlawanan malam nanti berakhir dengan seri, atau kemenangan pada pasukan pelawat. Ini dari segi ranking mereka yang berada 80 tangga diatas Malaysia.

Kalau ada yang terlepas bas, ini senarai pemain yang dipanggil untuk mewakili Malaysia...

Ramalan Rileklah :

Ken : Malaysia MENANG 2-1

Aj : Selamanya Harimau Malaya, menang, score tak penting. Hikhik