Minggu Double Gameweek Di EPL – GW32

March 21, 2019 - 12:16 PM


Double gameweek, inilah waktu atau masa yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan pengurus FPL untuk menurunkan pemain terbaik dan menggunakan ‘power card’ yang ada untuk mendapatkan pungutan mata maksimum.

Minggu ini saingan EPL direhatkan untuk memberi laluan kepada International Break sebelum disambung semula pada 30 Mac nanti.

Untuk GW-32, untuk yang tak perasan ia merupakan minggu double gameweek iaitu satu pasukan akan turun bermain untuk dua kali dalam seminggu. Antara pasukan yang terlibat untuk double gameweek EPL minggu ke-32 ini termasuklah Chelsea, Tottenham, Manchester United dan Manchester City.

Perlu diingatkan, bila GW-32 ni ada pasukan bermain dua kali, minggu 33 nanti ada pasukan yang sama tidak akan turun bermain.

Sementara transfer window ni masih bukak, apa kata korang tengok pemain – pemain ini untuk dimasukkan ke dalam pasukan.

Penjaga Gol : Ederson ( Manchester City ) – 5.6m

Memandangkan City pun nak ‘menekan’ penguasaan Liverpool, jadi sudah tentulah diorang inginkan kemenangan. Menentang Fulham (A) dan Huddersfield (H).

Ederson pula dalam landasan dan prestasi terbaik untuk mendapatkan clean sheet dalam kedua-dua perlawanan tersebut.

 

Defender : Cesar Azpilicueta ( Chelsea ) – 6.3m

Pemain Chelsea boleh dikatakan paling beruntung selepas rehat ini. Dua perlawanan pada GW32 menentang Cardiff (A) dan Brighton (H) dan pada minggu 33 pula menentang West Ham.

Kebanyakan pasukan yang mempunyai dua perlawanan pada minggu 32 tidak turun, tetapi Chelsea satu-satunya yang mempunyai perlawanan minggu tersebut dalam kalangan pasukan ada double gameweek ni.

 

Defender : Patrick van Aanholt (Crystal Palace) – 5.4m

Walaupun pertahanan Crystal Palace tidak memuaskan dalam minggu-minggu sebelum ini tetapi minggu 32 dan seterusnya menjanjikan perlawanan yang mudah buat mereka.

Menentang Huddersfield (H), kemduan Palace akan turun merasmikan stadium baru Tottenham. Mana tahu Palace akan berikan kejutan.

 

Midfielder : Raheem Sterling (Manchester City) – 11.6m

Selain patut diturunkan disebabkan City akan mengharungi dua perlawanan, ramai pundit berpendapat yang korang kena gunakan ‘triple captain’ untuk Sterling minggu ini.

Menentang Fulham (A) dan Cardiff (H), bayangkan mata kutipan nanti. Fuhh…

 

Midfielder : Eden Hazard (Chelsea) – 10.9m

Banyak pasukan akan memilih Mane, tapi rasanya patut amik risiko meletakkan Hazard disebabkan dua perlawanan yang bakal diharungi Chelsea nanti.

Lawan Chelsea untuk dua perlawanan minggu 32 adalah; Cardiff (A) dan Brighton (H)

 

Penyerang : Raul Jimenez (Wolves) – 6.2m

Jimenez adalah salah satu ‘best bargain’ dalam musim ini disebabkan harganya yang masih mampu milik kalau nak dibandingkan dengan prestasinya.

12 gol dan 8 assist setakat ini, ramai menjangkakan Jimenez akan sekurangnya mendapat mata 2 angka.

 

Penyerang : Troy Deeney (Watford) – 5.9m

Walaupun penyerang Watford ni akan berdepan dengan United, tapi pertahanan United agak bermasalah sekarang ni.

Dengan siri kekalahan menghantui United sekarang, kalau menang menentang Watford sekalipun, kami jangkakan United akan buat comeback. Watford berjaya score dulu.

Lawan kedua, Fulham. Watford boleh ‘makan’ rasanya.

| LIGA FANTASY RILEKLAH |

Liga Fantasi Rileklah masih diteruskan untuk bulan Mac nanti. Macam-macam hadiah menarik akan kami sediakan untuk korang yang join, kalau ada yang menang untuk bulan-bulan sebelum ini, korang boleh check dekat : Pemenang Bulanan Liga Fantasi Rileklah

Untuk join Liga Fantasi Rileklah; korang masukkan code ini ye : [1094348-245657 ]

| HADIAH BULAN MAC |

Pemenang pertama Liga Fantasi Rileklah untuk bulan Mac akan menerima voucher penginapan untuk 2H 1M DI Hotel Sunway Velocity, Kuala Lumpur.

Pemenang kedua dan ketiga akan menerima voucher Sport Direct bernilai RM50.

Sunway Velocity Hotel

Mempunyai 351 buah bilik kesemuanya, hotel ini sebenarnya bersambung dengan sebuah pusat beli belah iaitu Sunway Velocity Mall.

Terletak 3.8 kilometer dari bandar Kuala Lumpur, perjalanan ke Sunway Velocity Hotel sangat mudah dengan adanya pengangkutan awam seperti MRT. Dalam masa yang sama, perjalanan ke KLIA hanya mengambil masa 45 minit.

Dengar cerita sekarang Sunway Velocity Hotel ada buat promosi kalau tempahan terus melalui laman web mereka ---->  Sunway Velocity Hotel

Feature Photo Credit : SkySports

SEMBANG SUKAN

Real Madrid Buat U-Turn

SEMBANG TRAVEL

Rumput Karpet Viral Kedah

SEMBANG GAYA HIDUP

Cara Betul Sembur Perfume