MotoGP Keluarkan Kalendar MotoGP 2019, GP Sepang 3 November 2019!

January 22, 2019 - 11:32 AM


Tarikh dan lokasi perlumbaan MotoGP telah disahkan dan kini semua pasukan sedang membuat persiapan demi persiapan untuk mengharungi musim baru yang akan bermula pada 10 Mac 2019 dengan perlumbaan pembukaan di Qatar GP.

Credit : MotoGP.com

September tahun lepas, sebenarnya motogp.com ada mengeluarkan kalendar ‘sementara’ MotoGP untuk musim 2019. Setelah dipersetujui, kalendar tersebut disahkan tanpa ada sebarang penukaran tarikh dan lokasi perlumbaan. 19 perlumbaan, sama seperti musim terdahulu dan kesemuanya dalam susunan yang sama.

MotoGP musim 2019 akan bermula pada 8 Mac hingga 10 Mac (hari perlumbaan) di Qatar sebelum mereka berangkat ke Argentina dan Amerika. Sementara itu, siri jelajah Eropah akan bermula pada bulan Mei di Jerezm kemudian Perancis, Itali, Catalonia dan Netherlands. GP German akan menjadi penutup untuk ‘first-half’ musim.

Selepas rehat musim panas, perlumbaan kembali memulakan aksi di Czech Republic sebelum ke Austria dan UK. Pusingan ke-13 akan berlangsung di San Marino dan kemudiannya di Aragon. Selepas itu, kalendar  MotoGP akan membawakan perlumbaan tersebut ke Asia bermula dengan Thailand, Jepun, Australia dan Malaysia.

Untuk kali ke-18 berturut-turut, Valencia akan menjadi lokasi terakhir atau season finale. Agak-agak, pasukan mana yang akan ungguli MotoGP musim ini? Honda? Yamaha? Dan, dah tentulah kita nak rider kebangaan kita Hafizh Syahrin menamatkan dalam kedudukan yang terbaik kan?

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video