"Perjuangan Rakyat Palestin Lebih Besar" 2 Atlet Judo Tarik Diri Kerana Enggan Bertemu Atlet Israel

July 28, 2021 - 06:37 PM


"Kami telah berkerja keras untuk sampai ke tahap ini, namun perjuangan rakyat Palestin lebih besar jika dibandingkan dengan semua itu."

Ketika Olimpik Tokyo 2020 kini menjadi antara tajuk utama isu semasa dengan atlet-atlet dari seluruh dunia bersaing untuk menempah nama di pentas sukan paling gah di dunia, lain pula ceritanya dengan 2 atlet yang mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding kerana tidak ingin bertemu dengan atlet dari Israel, 

Pertama, atlet sukan Judo Fethi Nourine, 30 tahun kini ditangguhkan daripads International Judo Federation (IJF) selepas menarik diri daripada temasya sukan Olimpik kerana ingin mengelak potensi daripada bertemu dengan atlet Israel. Fethi juga diarahkan untuk meninggalkan Tokyo selepas itu. 

Bercakap kepada media Algeria, Fethi enggan untuk 'mengotorkan tangannya' dan dengan sukarela menarik diri sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin. Ini bukan kali pertama buat Fethi kerana beliau turut menarik diri daripada Kejohanan Dunia 2019 selepas dijadualkan untuk bertemu dengan atlet Israel, Tohar Butbul. 

SUDAN MENYUSUL DI BELAKANG

Selepas keputusan yang dibuat atlet Algeria tersebut, atlet Judo dari Sudan, Mohamed Abdalrasool, 28 tahun turut menarik diri daripada kejohanan tersebut kerana tidak mahu bertemu dengan pemain Israel yang sama. Mohamed dilaporkan tidak hadir pada waktu beliau sepatutnya dijadual untuk bertemu Tohar Butbul untuk kategori 73 kilogram.