Piala Kelayakan AFC B-23 – Malaysia Perlu Menang Ke Atas China Untuk Layak

SUKAN
March 25, 2019 - 10:31 AM


Sukad bolasepak B-23 negara semalam menang tipis 1-0 ke atas Laos pada aksi perlawanan kedua kumpulan J di Stadium Shah Alam. Safawi Rasid melegakan kira-kira 9 ribu penyokong yang hadir ke stadium semalam dengan jaringan cantik hasil sepakan percuma pada minit ke-81.

Perlu Menang Untuk Layak

Walaupun berada di kedudukan ke-2 dengan 6 mata, perlu diingatkan format pertandingan ini menyatakan hanya juara kumpulan layak secara automatik dan 5 naib juara terbaik sahaja akan layak ke kejohanan AFC B-23 di Bangkok pada 8 hingga 26 Januari 2020 ini.

Jika menang ke atas China PR, kita akan layak automatik dengan kutipan mata 9. Sekiranya tewas….

Ini yang agak merisaukan. Sebabnya, kalau Malaysia kalah, kita akan berada di tempat kedua. Jadi untuk melihat pasukan mana yang terbaik, ia akan dikira melalui jumlah jaringan dan setakat ini Malaysia hanya ada 4 jaringan.

DAN… perlu diketahui juga yang ada satu pasukan menarik diri dari kumpulan F iaitu Pakistan. Jadi, keputusan menentang pasukan di tempat ke-4 setiap kumpulan TIDAK DIAMBIL KIRA untuk menentukan ranking 5 pasukan terbaik.

Syarat untuk kelayakan dalam menentukan ranking ada 5, iaitu; kutipan mata, perbezaan gol, jaringan gol, mata disiplin dan undian

Sekarang ini, kalau nak diikutkan dalam ranking pasukan yang berada di tempat kedua, Malaysia di tempat ke-8 dan markah disiplin ada negatif 1.

Macam Mana Nak Layak?

Menang ke atas China PR malam esok. Itu cara pertama. Cara kedua, seri tetapi dengan jumlah jaringan yang besar. Itupun kalau pasukan-pasukan lain kalah.  Sebabnya kalau nak diikutkan ranking pasukan tempat kedua, dia macam ni kedudukannya…

Jadi, Selasa ini, ramai-ramailah kita penuhkan Stadium Shah Alam untuk menyokong pasukan kita. Mudah-mudahan kita ke Bangkok 2020!

Kredit Gambar | Football Association of Malaysia (Official)

FINAL AFF 2020, LAYAK PIALA ASIA - KPI BARU TCH

Kalau Malaysia layak, kita akan ke Bangkok. Dan pastinya venue nanti adalah Stadium Rajalamangala...

INI TEMPAT MENARIK SEKITAR STADIUM RAJAMANGALA

;