Real Madrid Sah Pecat Lopetegui, 3 Nama Ini Disebut Sebagai Jurulatih Baru Real Madrid

October 30, 2018 - 04:37 PM


Selepas kekalahan teruk Real Madrid 5-1 kepada musuh tradisi mereka Barcelona tempoh hari, pengurus pasukan Real Madrid Julien Lapetegui terus dipecat.

Belum sempat ‘berduka’ dengan perginya Zinedine Zidane yang ingin mengubah angin, bekas jurulatih pasukan kebangsaan Sepanyol ini juga turut dipecat. Walaupun kebiasaannya, pengurus pasukan akan diberikan tempoh ‘percubaan’ yang agak panjang, tapi bukan di Real Madrid.

BACA : 'EL CLASSICO' PERTAMA SEJAK 2007 TANPA RONALDO DAN MESSI

Prestasi Real Madrid dikatakan antara yang terburuk dibawah pengendalian Lopetegui. 14 mata dibelakang pendahulu liga, tewas 5-1 kepada Barcelona dan satu per empat musim telah dilalui. Memandangkan prestasi sedang merudum, Lopetegui terus dipecat dan muncul pula beberapa nama yang disebut-sebut untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Lopetegui.

 

#1. Antonio Conte

Individu pertama yang muncul dalam senarai adalah bekas pengurus Chelsea ini. Ketika menerima jawatan di Chelsea tempoh hari, Chelsea sedang menerima nasib yang sama seperti Madrid sekarang. Kedudukan pertengahan liga dan ramai pemain telah mula tidak yakin dengan kelab. Namun, Conte berjaya menyelamatkan kelab tersebut dan pada musim seterusnya, Chelsea memenangi Piala FA.

Walaupun mengutamakan bahagian pertahanan, bekas pengendali Juventus ini juga terkenal dengan taktikal formasi 3-5-2 untuk memerangkap pihak lawan.

Ketika ini, dengan pemain yang ada di Real Madrid, cara pertahanan Conte mungkin mampu membawa Madrid kembali seperti dahulu.

 

#2. Mauricio Pochettino

Rekod Pochettino ketika membimbing Tottenham memang tak dapat disangkal. Spurs daripada kelab top 6, menjadi salah sebuah kelab yang mampu mencabar kejuaraan.

Dengan dana yang terhad serta pembinaan semula White Hart Lane, Pochettino berjaya lakukan sentuhan ‘magis’nya ke atas Spurs. Kalau nak sebut pasal pengalaman di La Liga, rasanya taka da masalah buat beliau sebab pernah melatih Espanyol dan satu sebab mengapa dia akan ambil tugas ini adalah kejuaraan Liga dan Trofi Champions League.

Setakat ini, Pochettino belum memperolehi sebarang piala dengan pasukan bimbingannya seringkali terkandas sebelum sampai ke peringkat akhir, sama juga ketika kempen Premier League bersama Tottenham dulu.

 

#3. Arsene Wenger

Dalam ketiga-tiga nama, nama Wenger adalah yang paling mengejutkan. Sebabnya, calon lain tidak mempunyai pasukan setakat ini dan ketika Wenger meninggalkan Arsenal, pasukannya itu dalam masalah.

Namun, di bawah bimbingan Arsene Wenger, Arsenal adalah pasukan yang kuat dan tidak mampu ditandingi oleh lawan lain pada tahun 2004. Wenger juga individu yang mula memperkenalkan mindset menyerang yang baru di Premier League.

Sebab utama Wenger ditamatkan perkhidmatan adalah kuasanya di kelab ketika itu. Selain dipertanggungjawabkan untuk menjaga kesebelasan utama, Wenger berkuasa penuh untuk berbincang berkenaan keluar masuk pemain. Oleh sebab itu, Wenger tidak dipecat dari awal, kerana beliau mampu membawa keuntungan kepada Arsenal, walaupun prestasi pasukan adalah teruk.