Saingan EPL Kembali Terbuka : Aubemeyang Menjadi Pilihan ‘Scout’ Minggu Ini





Minggu ini, ada perlawanan pertengahan minggu. Atau lebih tepat, awal pagi nanti. Ada 6 perlawanan melibatkan pasukan ‘atasan’ liga. Manchester City, Liverpool, Chelsea, Arsenal dan Manchester United akan turun melengkapkan jadual untuk minggu 28 ni.

Pagi tadi, 4 perlawanan dah berlangsung melibatkan Everton yang menang 3-0 keatas Cardiff, Leicester tundukkan Brighton 2-1, Newcastle menang 2-0 keatas Burnley dan Wolves tewas 0-1 kepada Huddersfield.

Ini antara pemain yang dipilih scout untuk perlawanan minggu ini :

Ederson (Manchester City, 5.6m)

Dalam 6 penampilan sebelum ini, Ederson berjaya mencatakan 4 clean sheet dan bertemu West Ham, Ederson nampak akan ‘mencantikkan’ lagi angka kutipan clean sheetnya.

Trent Alexander – Arnold (Liverpool, 5.2m)

Pemain pertahanan kanan ni dikhabarkan akan kembali menguatkan kesebelasan utaman Liverpool menentang Watford nanti. Alexander – Arnold setakat ini mempunyai 6.6 mata secarara purata dalam setiap perlawanan di ‘Home’. Menentang Watford nanti, mungkin dia akan kutip mata jugak ni.

Sead Kolasinac (Arsenal, 5.1m)

Arsenal akan bertemu AFC Bournemouth dan Kolasinac dikhabarkan akan berpotensi menyumbang banyak point untuk perlawanan ini. Setakat ini, Kolasinac dah ada 3 assist dan 3 clean sheet dalam 6 pertemuan terakhir Arsenal di Emirates.

Mohamed Salah (Liverpool, 13.6m)

Liverpool akan menerima kunjungan Watford di Anfield dan ini adalah peluang Mo Salah untuk menjarakkan diri dari penjaring gol di FPL ni. 4 gol, 1 assist dan 29 mata dalam pertemuan sama musim lepas.

Paul Pogba (Manchester United, 8.9m)

Pogba berjaya menghasilkan 2 gol dan 5 assist dalam perlawanan di tempat lawan dibawah bimbingan Ole Gunnar Solskjaer. Sekarang ni, agak pening nak letak sama ada Pogba atau Salah sebagai captain minggu ini.

Pierre - Emerick Aubameyang (Arsenal, 11.0m)

Penyerang Arsenal ni antara salahs atu nama besar untuk diletakkan sebagai ketua pasukan untuk GW-28 EPL ni. Aubemeyang dah ada 4 perlawanan dengan kutipan mata dua angka dalam 10 penampilan di Emirates.


| LIGA FANTASY RILEKLAH |

Untuk tahun 2019 ni, kami masih ikut format yang sama iaitu hadiah diberikan secara bulanan. Jadi, semua berpeluang menang setiap bulan. Banyak hadiah-hadiah yang menarik kitorang tawarkan sepanjang Liga Fantasy Rileklah ni, ada peluang nak menang Voucher Penginapan, Barangan Eksklusif, Voucher Shopping dan banyak lagi lah.

Untuk join Liga Fantasi Rileklah; korang masukkan code ini ye : [1094348-245657]


[ HADIAH PEMENANG BULAN FEBRUARI ]

Untuk Februari ni, tiga pengurus teratas akan menerima SATU (1) Tumbler atau Flask dari VAKKUM. VAKKUM ni, ianya adalah botol air atau flask jenis ANTI BAKTERIA yang pertama di Malaysia dengan menggunakan teknologi dari Korea.

Kelebihan VAKKUM

  • Anti Bakteria (99.9 berkesan dan diuji oleh sgs)
  • Pastikan air yang korang minum sentiasa bersih
  • Sesuai untuk mereka yang nak amalkan gaya hidup sihat
  • Banyak design dan kegunaannya
  • Air akan kekal sejuk atau panas untuk 8 jam

Matlumat lanjut boleh ke Facebook OasisSwiss atau ke www.vakkum.com

Lagi Berita Sukan :

Chelsea Nak Pecat Sarri? Ganti Dengan Zidane ?

Penjaga Gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga Mungkin Tak Diturunkan?

;