Sejarah Pengunaan Kad Kuning Dan Merah Dalam Bola Sepak

June 26, 2018 - 12:31 PM


Setakat perlawanan semalam, kalau diikutkan laman web rasmi FIFA, sebanyak 97 telah berjaya dijaringkan sepanjang pertandingan berlangsung.

Selain itu, sebanyak 112 kad kuning telah dilayangkan oleh pengadil dan 3 kad merah telah dikeluarkan. Salah satunya kepada pemain pertahanan Jerman iaitu Jerome Boateng.

Sepanjang mengikuti bolasepak ni kan, pernah terfikir tak, macam mana sebenarnya sejarah penggunaan kad merah dan kad kuning ni mula? Ke, memang masa terciptanya bolasepak, diorang bawak sebiji bola, dan dua keping kad?

Kalau kita ingat balik semua perlawanan bola sepak kebelakangan ni, memang akan ada layangan kad daripada pengadil. Tak kiralah sama ada peringkat dunia atau liga tempatan sekalipun.

Kalau diikutkan, memang asal usul bola sepak ni tak ada sistem ‘hukuman’ yang teratur. Secara tak langsung, pengadil agak susah nak kawal perlawanan. Sebelum kita masuk ke bab macam mana terciptanya kad merah dan kad kuning ni, ada satu sosok yang perlu korang tahu dan kenal, iaitu Ken Aston.

Siapa Ken Aston Dan Apa Peranan Beliau?

Kenneth George Aston atau Ken Aston adalah seorang lelaki yang berasal dari Colchester, Essex. Beliau mendapat kelulusan untuk menjadi pengadil pada tahun 1936, masa tu umurnya baru 16 tahun dan ‘jawatan’nya masa itu adalah sebagai linesman.

1963 FA Cup final

Dipanggil untuk sertai perang dunia kedua, kembali daripada khidmatnya, beliau terus dilantik menjadi pengadil dan diberikan peluang untuk mengadili perlawanan-perlawanan peringkat senior dan sejak pada itu, Aston menjadi serius dalam kerjayanya sebagai pengadil.

Bermula dari situ, nama Ken Aston meningkat naik dan FIFA memanggil beliau untuk jadi pengadil untuk perlawanan bertaraf dunia. Beliau diberi penghormatan untuk mengendalikan perlawanan pembukaan pada Piala Dunia 1962 antara Chile dan Switzerland.

Tapi, insiden yang memanaskan lagi keadaan adalah perlawanan antara Chile dan Itali. Perlawanan berlangsung agak kasar seawal 12 saat selepas sepak mula, berlaku pergaduhan dan pelbagai lagi insiden sehinggakan Polis terpaksa meleraikan beberapa pergelutan yang berkalu sepanjang perlawanan yang akhirnya memihak kepada Chile.

Tiga tahun selepas insiden, Ken Aston dijemput FIFA untuk menyertai persatuan pengadil dan sekali lagi terpaksa berdepan dengan perlawanan kontroversi antara Argentina dan England pada tahun 1966.

Tamat perlawanan, kekeliruan mula timbul selepas satu laporan daripada suratkhabar mengatakan bahawa sebenarnya pengadil telah mengeluarkan amarak pada Bobby dan Jack Charlton. Kedua-dua pemain berkenaan terus menghubungi Aston untuk pengesahan kerana mereka tidak langsung menyedari tentan gperkara tersebut semasa perlanan.

Bermula dari insiden inilah, Aston mimikrkan satu solusi perlu dicari untuk mengelakkan perkara-perkara sebegini berulang lagi. Tambahan pula, permainan bola sepak menjadi semakin rancak dan pemain makin ramai yang semakin berani melakukan kekerasan.

Aston menceritakan masalah yang dihadapinya kepada isteri beliau iaitu Hilda dan isterinya memberikan idea tentang penggunaan warna sebagai tanda dan telah mengambil dua kad bewarna merah dan kuning yang telah dipotong mengikut saiz poket baju pengadil milik Aston yang ada dirumah.

Pada waktu itu, Aston menggunakan jawatan dan kedudukannya sebagai penyelia di persatuan pengadil untuk mengusulkan idea tersebut kepada FIFA. FIFA bersetuju menggunakan kad kuning sebagai amaran terakhir dan merah sebagai arahan keluar padang.

Piala Dunia 1970 dimenangi oleh Brazil. 

Secara rasmi, penggunaan kad merah dan kad kuning digunakan pada kejohanan Piala Dunia tahun 1970 yang diadakan di Mexico dan Evgeni Lochev menjadi pemain pertama yang menerima kad kuning.

Ken Aston meninggal dunia pada usia 86 tahun pada Oktober 2001 namun beliau meninggalkan dunia bola sepak dengan satu idea mudah yang hari ini, secara tak langsung memudahkan urusan pengadil atas padang.

Ini video yang ada masa perlawanan Chile vs Itali, turut dikenali sebagai "The Battle of Santiago".