Selamat Tinggal, Terima Kasih Nicol David – Ratu Squasy Negara Umum Persaraan

February 19, 2019 - 12:36 PM


Datuk Nicol David yang terkenal sebagai Ratu Squasy Negara semalam mengumumkan persaraannya pada penghujung kalender squasy professional (PSA) yang akan berakhir pada Jun nanti.

Juara dunia 8 kali tersebut mengumumkan persaraannya semalam selepas 20 tahun bermain untuk Malaysia sehinggalah diumum sebagai pemain squasy wanita terbaik sepanjang zaman.

“Saya bersedia dan gembira untuk mengumumkan persaraan saya dari dunia squasy pada akhir musim ini”

Persaraan Datuk Nicol ternyata memberikan tamparan kepada semua kerana sekarang ini kita masih gagal mencari pengganti untuk beliau. Dalam masa yang sama, Nicol memegang rekod pemain paling lama menduduki ranking nombor satu dunia selama Sembilan tahun sebelum dirampas oleh Reneen El Weleiy pada 2015.

Berada pada rangking ke-21 dunia, Nicol telah berjaya mendapat kesemua kejuaraan termasuklah lapan kali juara dunia, lima pingat emas Sukan Asia, dua emas Sukan Komanwel dan 81 gelaran Jalajah PSA.

 

Apa-apa pun, kami ucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Datuk Nicol.