Selangor Lancar Jersi Ketiga, Rufino Buat Kejutan

SUKAN
December 17, 2018 - 12:52 PM


Semalam, padat jugak Stadium Shah Alam sempena Hari Bola Sepak Selangor. Dalam masa yang sama, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengambil kesempatan memperkenalkan jersi ketiga pasukan Selangor menjelang saingan Liga Malaysia (Liga-M) untuk musim 2019.

Nampaknya, pasukan Selangor akan menggayakan jersi berjenama Joma dan apa yang menarik tahun ini adalah jersi ketiga pasukan adalah berwarna hijau. Bukanlah merah atau kuning seperti kebiasaan.

Kalau nak tahu, ada sebab kenapa jersi ketiga tu berwarna hijau. Ia adalah warna rasmi Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga merangkap Presiden FAS sekarang.

Selain memperkenalkan jersi, FAS juga memperkenalkan 24 orang pemain yang bakal bermain untuk pasukan ‘Red Giants’ pada tahun hadapan.

Rupanya, FAS memang secara serius nak lakukan transformasi. Ramai muka-muka baru yang diperkenalkan. Antaranya, Wan Zack Haikal. Abdul Latiff Suhaimi, Mohd Faiz Nasir, dan yang paling dinantikan penyerang import dan juga merupakan penjaring terbanyak musim lalu, Rufino Segovia.

Bercakap pasal pemain import ni, rupanya Selangor tengah nak pancing lagi beberapa pemain. Menurut pengurus baru mereka B. Sathianathan, rundingan sedang diadakan dengan seorang pemain dan mereka masih mencari pemin untuk mengisi posisi tengah dan pertahanan.

Kredit Gambar : FB | FAS
;