Tips Fantasy Premier League – Captain Pilihan Menjelang Gameweek 20





Fuh, kalau korang tengok game-game yang berlangsung malam semalam, memang sangat thrill. Tak kiralah korang jenis tengok flick-flick channel ataupun fokus dekat satu game, lepas tu tengok semula highlight dan sebagainya.

Cuma ada satu perlawanan yang belum dilangsungkan iaitu antara Southampton melawan West Ham.

Selepas itu, kita akan memasuki Gameweek 20 pada Sabtu nanti.

Ini adalah jadual perlawanan EPL – Gameweek 20

Untuk Gameweek 20, rasanya ramai pengurus dah tahu siapa patut diberikan captian tersebut. Cuma, agak berisiko risau individu-individu tersebut tak perform macam minggu ni.

Banyak laman web sukan mencadangkan nama-nama yang sama. Kesimpulannya, korang akan terselamat jika meletakkan salah seorang daripada mereka ini :

#1. Mohamed Salah, Liverpool

Dua perlawanan sebelum ni, Salah sangat memberikan banyak mata kepada pasukan. Lagi-lagi kalau yang buatkan dia sebagai captain. Menentang Arsenal minggu ini, pada kami, agak berisiko sebab Arsenal bila lawan team ‘sedap’ dia perform lain macam. Tapi, kena ingat, Liverpool belum pernah kalah lagi musim ini.

Dan, untuk rekod, pertembungan Liverpool Arsenal dulu berkesudahan Arsenal dibelasah 4-0.

 

#2. Kane / Son / Eriksen – Tottenham

Mana – mana pemain antara trio Spurs ni boleh korang letakkan sebagai captain. Melawan Spurs selepas ini, harapnya gandingan diorang ni akan menjaringkan gol yang banyak jugak macam sebelum-sebelum ini.

Oh, lagi seorang yang boleh dimasukkan adalah Dele Alli, kalau dia dah baik dari kecederaan.

 

#3. Paul Pogba – Manchester United

Dua jaringan, 3 asist buat Pogba dalam dua perlawanan sebelum ini. Selepas ni, ada perlawanan di ‘Home’ dan dijangkakan Pogba akan mempamerkan persembahannya yang terbaik.

 

#4. Eden Hazard , Chelsea

Menentang Watford semalam, Chelsea berjaya menang 2-1 dengan jaringan Hazard. Satu sebelum waktu rehat, satu sepakan penalti.

Untuk perlawanan Sabtu nanti, berdepan Crystal palace, dijangkakan Chelsea tak berhadapan dengan masalah sangat. 


| LIGA FANTASY RILEKLAH |

Sebelum tu, macam biasa, kitorang ada buat Liga Fantasy untuk semua pembaca Rileklah.com dan akan ada 3 pemenang untuk setiap bulan.

Kalau korang nak join, boleh lagi. Jangan risau, format hadiah liga kitorang ni adalah bulanan. Jadi, setiap bulan akan ada pemenang berbeza.

Joinlah, bukan kena bayar pun. Hehehe.

[ Kalau nak join, masukkan code ini : 1094348-245657 ]

 

 

[ Hadiah Bulan Disember ]

Untuk Disember ni, top manager akan menerima voucher penginapan di Hotel Sunway Putra di Kuala Lumpur dan Hotel Sunway Velocity, Kuala Lumpur.

Pemenang pertama akan menerima voucher penginapan untuk 3 hari 2 malam di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur manakala pemenang kedua dan ketiga akan menerima voucher penginapan untuk 2 hari 1 malam di Hotel Sunway Velocity, Kuala Lumpur.

Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur

Hotel bertaraf 5-bintang ini terletak bertentangan dengan Pusat Dangangan Dunia Putra (PWTC). Terletak bersebelahan dengan kompleks beli belah Sunway Putra, sesiapa yang menginap disini pasti mengalami pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Disebabkan lokasinya yang strategik, ramai pelancong memilih untuk menginap disini. Tarikan terdekat semestinya Dataran Merdeka, Bandar Kuala Lumpur dan hanya 3km daripada KLCC.

Untuk maklumat lanjut atau tempahan hotel, boleh layari laman web Sunway Putra Hotel 

 

Hotel Sunway Velocity, Kuala Lumpur

Hotel ini boleh dikatakan pendatang baru di Kuala Lumpur. Mempunyai 351 buah bilik kesemuanya, hotel ini sebenarnya bersambung dengan sebuah pusat beli belah iaitu Sunway Velocity Mall.

Terletak 3.8 kilometer dari bandar Kuala Lumpur, perjalanan ke sini sangat mudah dengan adanya pengangkutan awam seperti MRT. Dalam masa yang sama, perjalanan ke KLIA hanya mengambil masa 45 minit.

Maklumat lanjut atau tempahan hotel boleh dibuat melalui laman web Sunway Velocity Hotel