Tips Fantasy Premier League : Pemain Tengah Yang Patut Ada Dalam FPL

August 06, 2018 - 01:08 PM


Saingan Liga Premier Inggeris atau EPL membuka tirai semalam dengan perlawanan Community Shield antara Chelsea dan Manchester City yang memihak kepada City dengan jaringan 0-2 hasil jaringan Kun Aguero.

Dalam masa yang sama, ini bermakna korang ada lagi kurang lebih seminggu untuk melengkapkan pasukan dengan pemain-pemain pilihan korang untuk Fantasy Premier League, liga fantasi untuk EPL ni.

Kalau minggu lepas, kitorang dah sembang pasal defender yang korang patut ada dalam pasukan, kalau yang terlepas, korang boleh baca semula post : Defender ‘Kaki Score’ & Liga Fantasi Rileklah.

Untuk korang yang rajin atau ada team Fantasy, jomlah join liga kitorang, masukkan code ini :

Ada hadiah yang akan menanti. Nak tahu hadiah apa, kenalah baca kat post atas tadi. Setakat ni, dah ada 43 pasukan yang register. Terima kasih kepada yang join ye.

Berbalik kepada post hari ini, berkenaan dengan pemain tengah ataupun midfielder. Terpulang pada formasi yang korang pilih, sama ada 3-5-2, 4-4-2 dan sebagainya tetapi semua setuju dan tahu yang  tugas midfielder adalah yang paling berat dalam bola sepak.

Satunya, dia kena rajin naik turun. Dia jugak penghubung antara pertahanan dan striker. Senang cerita, kalau midfielder mati, maka matilah ‘game’. Tapi, ada jugak beberapa kejadian yang midfield mati, tapi game sedap jugak, tapi jarang-jarang berlaku.

Dalam FPL, markah atau point kita dapat melalui gol dan gol kadangkala bukan disumbangkan oleh pemain penyerang sahaja. Dalam EPL sendiri, ramai midfielder yang berkualiti dan boleh jaringkan gol; jadi kalau kita perhati prestasi diorang pada season lepas, korang kena ada midfielder-midfielder ni dalam team Fantasy korang.

#1. Raheem Sterling – Manchester City (6m)

Season lepas, Sterling mengumpul 265 mata dan kesemuanya disebabkan dia membantu dalam jaringan gol. 23 gol berjaya dijaringkan dan pada harga 6m, memang korang kena ada Sterling dalam skuad.

 

#2. Sadio Mane – Liverpool (6m)

Mane merupakan pemain kedua terbaik Fantasy dibelakang Mo Salah. Dengan 244 mata, Mane berjaya menjaringkan 20 gol termasuklah 1 gol semasa menentang Real Madrid.

 

#3. Eden Hazard – Chelsea (6m)

Walaupun khabar angin mengatakan Hazard akan meninggalkan Chelsea, namun selagi jendela perpindahan belum tutup iaitu pada Khamis ini, beliau masih lagi bermain untuk Chelsea.

Dengan rekod 281 mata, Hazard menjaringkan 17 gol untuk Chelsea musim lalu.

 

#4. Christian Eriksen - Totenham Hotspur (6m)

Eriksen boleh dikatakan ‘best performers’ dekat Spurs sejak dibeli dari Ajax. Selain selalu bagi hantaran berbahaya, kebanyakan gol Eriksen jugak daripada sepakan percuma, selain daripada role dia sebagai seorang playmaker.

220 points berjaya dikutip Eriksen daripada 15 gol dan assist. Diramalkan, Eriksen akan menyerlah lagi musim ini.

 

#5. Leroy Sane – Manchester Ciy (5m)

Sane boleh dilabelkan sebagai pemain yang menyerlah dibawah barisan pemain-pemain hebat kendalian Pep Guardiola. Mengutip 207 mata, Sane juga berjaya mendapat anugerah PFA Young Player of Year.

Dengan tag harga 5m, rasanya Sane memang calon yang sesuai untuk diletakkan di tengah.