
TMJ Tinggalkan FAM, Cadang Hamidin Sebagai Pengganti Sebagai Presiden
Selepas meletakkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara rasmi pada hari Ahad, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencadangkan Setiausaha Agung persatuan berkenaan iaitu Datuk Hamidin sebagai Presiden FAM yang baharu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh FAM, pemilihan Hamidin oleh TMJ disebabkan tempoh panjang perkhidmatan beliau bersama badan induk bola sepak negara tersebut seterusnya merupakan calon paling tepat untuk mengisi ‘kerusi panas’ tersebut.
Ketika sidang media yang dilakukan selepas Majlis Kongres Kedua FMLLP pada hari Ahad, TMJ sah meletak jawatan namun kekal sebagai Pengerusi FMLLP dan badan tersebut akan dikenali sebagai Malaysia Football League (MFL) selepas ini.
Secara tidak langsung, tugas dan tanggungjawab TMJ hanya sebagai Pengerusi MFL untuk mendapatkan lebih banyak dana, penajaan dan menjaga kepentingan kelab-kelab di dalam negara.
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video