Tunda Perlawanan Beberapa Jam Sebelum Sepak Mula, Penyokong Selangor Minta Penjelasan MFL

May 02, 2018 - 10:26 AM


Perlawanan Liga Super diantara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor yang sepatutnya dilangsungkan malam semalam terpaksa dibatalkan.

Menurut kenyataan Liga Bolasepak Malaysia (MFL), perlawanan kedua-dua pasukan ditunda kepada hari ini iaitu Rabu (2 Mei) berikutan keadaan padang di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos yang tidak sesuai akibat faktor hujan lebat yang melanda kawasan tersebut sejak malam Isnin. 

Namun, di Twitter isu ini menjadi perbualan hangat oleh penyokong yang meminta penjelasan sama ada daripada pihak MFL sendiri mahupun Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mengenai kriteria ataupun syarat yang perlu ada bagi sesuatu perlawanan untuk ditunda.

Kalau diikutkan kenyataan pegawai perlawanan, menurut pengalaman beliau katanya keadaan tidak mungkin berubah. Jadi timbul satu persoalan disini, iaitu adakah menurut pengalaman pegawai perlawanan tersebut juga yang hari ini tidak akan hujan?

Sekiranya hujan juga, adakah perlawanan hari ini juga akan ditunda?

 

 

Di Facebook juga, ruangan komen di status MFL berkenaan penundaan perlawanan juga dibanjiri persoalan-persoalan yang sama oleh penyokong.

 

Oleh sebab persoalan-persoalan begini, pihak MFL perlu memberikan penjelasan kepada penyokong bolasepak tempatan, terutamanya penyokong Selangor yang dikatakan telah tiba di Larkin dan mendapat berita penundaan perlawanan pada jam 5 petang, sedangkan perlawanan bermula jam 9 malam.

 

 

Sehingga pagi ini, masih belum ada penjelasan daripada MFL dan FAS berkenaan perlawanan yang ditunda malam semalam.

Pada pendapat AJ, elok MFL atau FAS keluarkan statement rasmi. Sebab secara tak langsung penyokong faham akan perkara macam ni. Tengok bola ni bukan sekadar nak tengok, nak sokong je. Nak jugak belajar sesuatu. =D