UEFA Nations League : Apa Itu Nations League, Siapa Terlibat, Bila Mula?

September 06, 2018 - 03:26 PM


Baru je beberapa perlawanan di liga-liga bola sepak utama Eropah, ada pulak international break yang kebiasaanya akan sedikit menggangu rentak pasukan-pasukan pada awal musim.

Selain Piala Dunia, pertandingan ataupun perlawanan bola sepak peringkat antarabangsa adalah sesuatu yang tak digemari ramai pihak kerana menggangu jadual liga domestik. TIdak cukup dengan itu, pemain-pemain penting juga terdedah dengan kecederaan sewaktu bermain peringkat antarabangsa.

Untuk menyelesaikan masalah ini, perlawanan persahabatan antarabangsa yang ‘tak bermakna’ akan digantikan dengan satu kejohanan yang baru diwujudkan iaitu Uefa Nations League yang akan melibatkan negara-negara di benua Eropah minggu ini.

Difahamkan, kejohanan baru ini dibuat untuk memeriahkan lagi bola sepak peringkat negara apabila tiada kejohanan utama seperti Piala Dunia, Piala Konfiderasi dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, disebabkan kejohanan ini diperkenalkan pertama kali pada tahun ini, rata-rata pemain turut keliru tentang format dan arah tuju kejohanan ini.

 

APA ITU UEFA NATIONS LEAGUE?

Satu pertandingan atau kejohanan baru untuk memeriahkan international football di Eropah. Disertai oleh 55 buah negara dan akan dibahagikan kepada 4 group dan liga.

 

FORMAT PERTANDINGAN

55 buah negara akan dibahagikan kepada 4 tier atau bahasa mudahnya 4 level. Setiap pasukan ini akan dimasukkan berdasarkan ranking Uefa selepas kelayakan Euro 2018.

Dalam setiap level pulak, ada 4 liga iaitu Liga A,B,C dan D.

Dalam erti kata lain, semua pasukan akan dimasukkan kedalam kumpulan ini mengikut ranking. Jadi kalau team tu ranking Uefa-nya tinggi, maka dia dalam Tier A Liga A dan sebagainya.

Juara dari setiap liga akan dinaikkan ke tier yang lagi atas (kecuali juara kumpulan A)pasukan tercorot akan turun ke tier lebih bawah (kecuali kumpulan D). Juara setiap tier akan layak ke peringkat kalah mati pada 2019.

Pening kan? Kalau lukis senang tak? Hehe, ini versi ‘lukisan’ daripada Goal.com.

Juara setiap kumpulan akan mendapat satu slot ke Euro secara Play-Off.

Jadi, secara ringkasnya; daripada adakan perlawanan persahabatan yang tak mendatangkan apa-apa faedah, diorang adakan satu pertandingan yang pemenangnya akan dapat satu slot ke Euro.

Bagus la kalau macam tu.

Ini keputusan 'draw' untuk tentukan kumpulan-kumpulan dalam Nations League ni :