Gelanggang Ice Skating Sunway Pyramid Dan IOI City Mall Dibuka Semula Bagi Mereka Yang Lengkap Divaksin

TARIKAN
September 13, 2021 - 05:09 PM


Bagi korang yang dah rindu nak main sukan musim sejuk luncur ais ni, dah boleh datang ke Sunway Pyramid, dan IOI City Mall kalau dah lengkap divaksin!

Memandangkan banyak industri dan sektor dibenarkan untuk beroperasi semula di Lembah Klang, gelanggang ice ckating di Sunway Pyramid dan IOI City Mall juga telah dimaklumkan akan beroperasi semula bagi golongan yang sudah lengkap divaksin. 

Sunway Pyramid Ice mengumumkan bahawa luncur ais untuk orang awam kini dibuka setiap hari bermula 10 September 2021, dan mereka yang berumur 18 tahun ke atas yang telah menerima vaksin yang lengkap kini dibenarkan masuk, hanya perlu tunjuk sijil vaksinasi digital!

Mereka yang berumur 17 tahun dan ke bawah boleh dibenarkan untuk memasuki gelanggang namun perlu ditemani orang dewasa yang telah lengkap divaksin. Sunway Pyramid Ice turut mengeluarkan jadual harian dan juga harga yang korang boleh tengok di sini

Selain itu, Icescape IOI City Mall juga kini membuka pintu untuk mereka yang lengkap divaksin dengan peraturan yang sama seperti Sunway Pyramid Ice. Namun, disebabkan kemasukan yang terhad, orang awam digalakkan untuk membuat tempahan di 03-83288875 bagi mengelakkan kekecewaan. 

Destination: 
Artikel berkaitan