‘Barbie & Hot Wheels’ Menanti Di Lost World of Tambun Cuti Sekolah Ini

November 05, 2019 - 07:06 PM


Memasuki bulan November dan Disember, anak – anak pastinya paling gembira kerana sesi persekolahan akan bercuti dan ini bermakna ibu bapa akan mula ‘pening’ untuk bawa mereka berjalan atau melakukan aktiviti bagi penuhi cuti sekolah anak – anak.

Seperti kebiasaan, pasti ramai juga ibu bapa yang mengambil peluang untuk membawa anak ke destinasi percutian menarik sempena cuti sekolah kali ini. Kalau di dalam negara, ada banyak destinasi yang dekat, murah dan berbaloi untuk dilawati seisi keluarga sempena cuti nanti.

Salah satunya adalah di Lost World of Tambun! Selain taman tema air, ada banyak tarikan yang ada untuk kanak – kanak dan orang dewasa.

Sempena cuti sekolah kali ini, Lost World Of Tambun akan membawakan dua jenama ikonik iaitu Barbie dan Hot Wheels. Kolaborasi ini akan diadakan pada 23 November hingga 31 Disember ini.

Lost World Of Tambum menjanjikan aktiviti menarik sepanjang musim cuti sekolah ini termasuklah Barbie Dream House, booth untuk bergambar, permainan bertemakan Barbie dan macam – macam lagi.

Untuk yang ‘hero’ pulak, ada perlumbaan epic Hot Wheels! Inilah peluang yang jarang ada, iaitu menyaksikan perlumbaan Hot Wheels di track secara live.

Kalau tidak pun, boleh bawa sekeluarga untuk ke sini nanti kerana ada 64 tarikan menarik menanti anda di dalam 10 taman tema ‘Lost World’.

Tunggu apa lagi, carilah rate yang murah dari sekarang dan suprisekan anak – anak di waktu cuti sekolah nanti.

Destination: