8 Tempat Menarik Yang Anda Wajib Pergi di Semboku City, Akita Prefecture, Jepun

May 10, 2020 - 04:44 PM


Jika ke Jepun mesti orang akan ke Osaka dan Tokyo kan? Apakata kali ini korang ke tempat yang rare sikit, tak jauh cuma atas sikit sahaja dari Tokyo iaitu Semboku City yang terletak di Akita Prefecture. Semboku City cukup popular untuk destinasi musim bunga dan musim luruh. Untuk ke Semboku City korang ada 2 cara iaitu melalui udara dan train. Boleh cuba lihat All Nippon Airways (ANA) kalau nak naik flight dan stop dekat Akita Airport. Melalui jalan darat pula korang boleh naik Shinkansen dari Tokyo ke Kakunodate station. 

Bagi mereka yang ada plan untuk ke Semboku City kami cadangkan 8 tempat menarik ini untuk anda lawati.

1. Kakunodate (Samurai Village)

Kakunodate merupakan salah satu bandar istana dan tempat tinggal samurai pada zaman dahulu di Akita Prefecture. Setelah istana di sini musnah, bandar ini menjadi tempat tinggal para samurai. Istimewanya Kakunodate adalah sekitarnya mempunyai banyak pokok sakura dan pokok mapple menjadikan Kakunodate sebagai hotspot untuk menikmati pemandangan musim bunga dan luruh yang terbaik di seluruh Jepun.

Walaupun pembangunan yang pesat di Jepun, Kakunodate masih lagi mengekalkan tempat-tempat ini seperti dahulu sejak dari tahun 1620. Di sini juga merupakan tempat tinggal lebih dari 80 keluarga samurai sehingga sekarang. Jadi kalau korang nak tengok sendiri macam mana kampung samurai dulu-dulu bolehlah datang sini.

Pada hujung April dan awal bulan Mei, tempat ini akan sesak dengan para pelancong menjadikan ianya sebagai tempat wajib singgah di Tohoku. 

Untuk terus mengekalkan rumah-rumah Samurai ini masih terjaga, mereka hanya membuka 6 buah rumah sahaja untuk lawatan kepada orang ramai. Antaranya, Aoyagi House (Aoyagi-ke) yang terdiri dari beberapa kompleks bangunan seperti restoran, kedai cenderamata dan juga muzium. 

Selain itu, Ishiguro House (Ishiguro-ke) juga dibuka untuk orang ramai, namun saiznya lebih kecil berbanding dengan Aoyagi House. Menurut info yang kami dapat di sana, semakin dekat rumah dengan kawasan gunung semakin tinggit darjat dan pangkat Samurai di sini. 

Direction: 

  • Tokyo to Kakunodate - Bullet Train (3 jam)
  • JR Kakunodate Station - 20 minit jalan kaki / teksi 10 minit

2. Dakigaeri Valley

Dakigaeri Valley juga dikenali sebagai Yabakei of Tohoku kerana hutannya yang masih belum diterokai dan dihiasi dengan air sungai yang biru serta air terjun berbatu. Cukup indah dan sangat fresh untuk dinikmati. Ianya juga cukup terkenal dengan satu destinasi musim luruh di mana hutan ini akan bertukar warna kepada beberapa jenis warna coklat dan emas. Pokok-pokok maple di sini juga terdiri daripada beberapa spesis pokok yang akan menghasilkan warna autumn yang sangat indah. 

Jadi tidak hairanlah ianya menjadi top spot untuk percutian musim luruh baik daripada pelancong tempatan dan juga pelancong luar negara. Satu tips yang kami boleh kongsikan kalau berminat nak datang sini sila plan seawal mungkin trip anda terutama tiket penerbangan dan juga hotel di kawasan berdekatan.

Untuk ke air terjun di sini perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit melalui laluan lereng bukit yang agak sempit, namun laluan pejalan kaki ini tidaklah sesukar mendaki mana-mana gunung sebab laluannya agak landai. Sepanjang perjalanan, anda akan mendengar deruan air sungai di bahagian kanan yang biru dan bunyi cukup mengasyikkan. Manakala di bahagian kiri pula dipenuhui juntaian dahan-dahan pokok dan sesekali anda akan terjumpa laluan air bukit mengalir dari celahan bukit yang berbatu. 

Direction: Ada bus disediakan pada musim luruh sahaja. Bagi yang sewa kereta boleh access terus ke sini!

Tips: Recommendation only in Autumn

3. Tazawa Lake

Lake Tazawa terletak di bahagian Timur Akita Prefecture dan berhampiran dengan Towada-Hachimantai National Park. Pemandangan yang cukup indah tasik kaldera ini kekal menjadi tasik semulajadi tanpa sebarang pembinaan. Tasik ini juga merupakan tasik semulajadi yang paling dalam di Jepun (sedalam 423 meter). 

Apa yang membuatkan tasik ini cukup popular adalah ianya dikelilingi oleh Gunung Akita - Komagatake. Dengan berlatarbelakangkan gunung yang tersergam indah membuatkan diri ini begitu bertuah dapat menyaksikan pemandangan yang cukup indah ini. 

Bagi mereka yang berhajat untuk pusing-pusing tasik ini, anda boleh menaiki Tazawa Cruise yang mengambil masa 40 minit mengelilingi seluruh tasik. 

Di bahagian utara tasik Tazawa ini anda akan dihidangkan dengan pemandangan Goza no Ishi Shrine. Di sinilah di mana pembesar-pembesar (local Lords) pada zaman Edo datang menikmati air tasik yang jernih ini.

Di bahagian timur tasik pula, anda akan dapat melihat satu statue seorang wanita yang berwarna emas dikenali sebagai Tatsuko. Menurut kisah penduduk di kawasan ini, pada zaman dahulu terdapat seorang wanita tempatan yang cantik, untuk mengekalkan kecantikan beliau perlu meminum air tasik ini. Pada suatu hari, beliau terjatuh ke dalam tasik dan hilang sehingga ke hari ini. Penduduk tempatan berasa sangat kesian lalu mendirikan patung ini bagi mengingati beliau. Ada juga satu cerita di mana wanita ini terjatuh di dalam tasik ketika hendak meminum air bagi mengekalkan kecantikannya dan menjadi penjaga kepada tasik ini sehingga sekarang. Korang yang nak cantik tu bolehlah cuba minum air tasik ni. 

Ada satu lagi cerita, bahawa gadis yang cantik ini telah disumpah menjadi naga ketika bersembahyang di sini untuk mengekalkan kecantikaan beliau dan akhirnya tenggelam di dasar tasik Tazawa ini. Banyak teori yang kami dapat, tapi ini hanyalah teori semataa-mata.

Kalau datang sini korang boleh lunch sekali di Tazawa Lakehouse. 

Info:

  • Sightseeing boats - 1200 yen (40 minit)
  • Manaiki bas dari Tazawako Station to Tazawa-kohan - 360 yen one way
  • Tatsuko Statue (Tazawa - Kohan bus stop)

4. Tazawa Herb Garden Heart Herb

Kat sini kebiasaannya pelancong datang untuk bersantai sambil menikmati aroma teh yang pelbagai jenis di Jepun. Ada berpuluh perisa dan ia merupakan antara teh yang terbaik pernah kami rasa. Teh ini juga seperti kopi mempunyai aroma dan bau yang berbeza. Selain itu, teh juga mampu merawat kesihatan diri dan memberi kesan yang positif untuk diri kita. Sebagai contoh, kami sempat merasa pelbagai perisa teh antaranya lavender yang mampu memberi tidur berkualiti kepada kita jika diambil sebelum tidur.

Tazawa Herb Garden Heart Herb juga merupakan botanic garden dan mempunyai lebih dari 100 spesis bunga serta herba. 

Pada musim bunga pula tempat ini akan dipenuhi dengan bunga sakura dan tulip. Salah satu Instagram spot buat korang yang minat bunga tapi kena ingat bunga kat sini akan berkembang pada musim bunga iaitu hujung April dan awal Mei. 

Info: 

  • Alamat: Akita Pref. Sembokushi Tazawakotazawa Before The Lagoon 78
  • Phone: 0187432424
  • 10:00-16:00 [Sabtu, Ahad & Cuti Umum) 
  • 9:00-17:00 [winter period] 10:00-16:00

5. Komagatake 8th station

Gunung Akita-Komagatake merupakan gunung tertinggi di Akita Prefecture, berketinggian 1637 meter di atas paras laut. Gunung ini masih lagi dikategorikan sebagai gunung berapi aktif, kali terakhir ianya meletus pada tahun 1970 - 1971. Gunung ini mempunyai beberapa puncak dan terpulang kepada ketahanan fizikal individu untuk mendaki. Walaupun agak tinggi namun bagi kaki hiking pastinya ianya sesuatu yang berbaloi untuk didaki.

Bagi kami, pendakian tempoh hari agak mencabar memandangkan kami tidak membuat sebarang persediaan atau dalam kata lain tak bajet pun pendakian ini betul-betul mendaki dan cuaca tempoh hari agak berangin. Hanya mampu capai apa yang ada dalam luggage. Nasib baik ada bawa wind breaker. Jadi, anda yang nak datang ke sini terutama pada musim luruh dan winter pastikan membuat persiapan yang secukupnya termasuk tahap stamina.

Gunung ini terbahagi kepada beberapa check point dan kami hanya mampu sampai di check point pertama sahaaja setelah mendaki lebih kurang 1 jam. Dengan angin yang agak kuat membuatkan cuaca bertambah sejuk. Walaupun begitu dengan udara yang segar dan view yang cukup breathtaking memang berbaloi walaupun aku hampir hilang separuh nyawa. Maklumlah dah lama tak mendaki kan.

Gunung ini juga dikenali sebagai Flowers Mounting disebabkan pelbagai spesis bunga akan mekar terutama pada musim bunga menjadikan ianya gunung paling cantik di dunia. Tak percaya? Silalah datang ke sini pada musim bunga. 

Bercerita tentang perjalanan aku tempoh hari, sepatutnya pit stop adalah di Amida Pond yang terletak lebih kurang 2.4km dari 8th Station tapi disebabkan sebab yang aku mention tadi kami hanya sampai separuh sahaja. Puncak tertinggi adalah Onamedake yang terletak 100m ke utara Amida Pond. Manakala puncak kedua tertinggi adalah Odake yang terletak di bahagian selatan Amida Pond. Laluan ke tempat-tempat menarik di sini mempunya laluan yang berbeza terpulang kepada individu atau gerak hati anda nak kemana, Kalau nak jelajah keseluruhan gunung, anda juga boleh bermalam di sini. Ada satu homestay kat atas ni harga aku tak pasti. 

Direction:

  • Boleh drive sendiri namun pada hujung minggu kereta persendirian dilarang ke stesen ini. Kalau drive pada hujung minggu boleh parking dekat Arupa Komakusa.
  • Bas disediakan di Arupa Komakusa untuk ke 8th Station setiap 30-60 minit dan mengambil masa selama 25 minit untuk sampai di 8th Station (620 ≈ yen one way)

Tips: 

  • Waktu sesuai datang ke sini waktu pagi sebab musim luruh waktu siang sangat singkat. 

6. Alpa Komakusa

Alpa Komakusa merupakan salah satu hentian untuk ke Komagatake 8th station. Di sinilah tempat untuk anda yang nak ke Komagatake melalui pengangkutan awam, ada tempat parkir kereta jika datang hujung minggu. Selain view yang cantik kat sini korang boleh lunch siap-siap sebelum nak hiking. Barang-barang hiking pun ada dijual dekat sini, silap kami masa tu, kami singgah kat sini selepas hiking jadi tak sempat nak buat preparation.

Dari sini korang boleh menikmati keindahan Lake Tazawa dan juga Gunung Komagatake pada masa yang sama.

7. Nyuto Onsen

Nyuto Onsen merupakan salah satu Onsen Ryokan yang ada di Akita Prefecture. Onsen Ryokan dalam bahasa melayu adalah kolam air panas semulajadi di Jepun yang bersumberkan air panas yang sama. Jadi Nyuto Onsen, salah satu onsen yang ada di sini,. Kalau tak silap aku, ada 7 onsen dekat area ni dan Nyuto ini yang paling popular. 

Kalau nak rasa onsen tradisional Jepun silalah berkunjung ke sini. Ada sesetengah onsen kat area ni memang traditional betullah gayanya. Onsen ni juga sudah wujud sekitar 300 tahun dahulu dan yang paling lama wujud di sekitar Jepun. Bayangkan betapa lamanya onsen ni wujud. Tidak memeranjatkan kesemua onsen ini dijaga dengan baik. Well this is Japan okay what do you expectkan?

Ada fakta lawak yang sempat aku baca sepanjang di sana, nama Nyuto ini diambil sempena "nipple hot spring" sebab muka bentuk Gunung Nyuto dan air panas yang mengalir di antara gunung ini diibaratkan susu yang keluar dari nipple. So funny but this is the fact!

Kesemua onsen di sini milik Onsen Ryokan, bagi mereka yang nak datang ke sini secara balik hari tanpa menginap di homestay pun tak jadi masalah. Boleh sahaja sebab ianya dibuka untuk orang ramai hanya bayar tiket masuk sahaja. Onsen kat sini ada yang campur lelaki dan perempuan terutama onsen yang outdoor. Namun bagi yang indoor kebiasaannya memang diasingkan antara lelaki dan perempuan.

Direction:

Untuk ke sini korang boleh naik bas dari Tazawako Station ke  Nyuto Onsen (50 minit, 820 yen, setiap satu jam). 

Tips Onsen: 

Ok buat mereka yang baru pertama kali nak beronsen, korang kena buka semua pakaian dan no kamera dalam tu. Anda akan dibekalkan towel kecik kalau nak tutup bebird korang! Mula-mula memang agak malu-malu tapi lama kelamaan korang akan sedar nobody care about kewujudan korang dalam tu. 

Satu lagi homestay dan hotel kat area sini jenis tradisional, tak ada bilik mandi kat dalam bilik hotel, ada toilet sahaja. Jadi kalau nak mandi korang kena gi mandi kat onsen. Tapi best! Pengalaman bangun jam 5 pagi sambil berkemban, bawa barang turun bawah untuk mandi. 

8. Yamanohachimitsuya

Akhir sekali dah habis tengok view dan alam semulajadi korang boleh singgah di Yamanohachimitsuya. Kat sini korang boleh beli souvenier untuk dibawa balik ke Malaysia. Basically yang jual di sini adalah produk berasaskan madu. Macam-macam jenis madu ada di jual di sini. Paling best madu yang dah dicampur dengan bunga sakura dan lavender. Perghh best rasa dia. Walaupun dah campur tapi masih lagi rasa segar dan sedap. 

Jadi inilah 8 tempat menarik selama 5 hari kami di Semboku City yang sempat kami masukkan dalam itinerary kali ini. Kalau korang bercadang nak menikmati alam semulajadi di Jepun datanglah ke Akita Prefecture. 

 

Destination: