Air Terjun Jernih Bagaikan Kristal, Jom Mandi Santai di Tasik Puteri, Terengganu

November 18, 2021 - 05:25 PM


Ingin bersantai di hujung minggu tapi tak tahu nak lepak di mana? Jom discover tempat baru iaitu Air Terjun Tasik Puteri. Tempat ini terletak di Bukit Besi, Terengganu.

Tasik yang mempunyai air sejernih kristal ini tidaklah jauh cuma 30 minit sahaja jarak memandu dari Dungun. Lebih menariknya, ia merupakan taman rekreasi dan terdapat tempat golf di sekitar kawasan tersebut.

Apa yang menariknya di sini? Seperti kawasan air terjun yang lain, ia dikelilingi oleh bukit dan hidupan alam semulajadi. Cuaca di sini sangat best seperti sejuk sejuk suam macam tu.

Jikalau ada yang tengah merancang untuk datang berpicnic tu boleh datang ke Tasik Puteri ini. Anda juga boleh melakukan aktiviti BBQ dan jangan lupa setelah siap semua, sila kemaskan kembali supaya kawasan air terjun kita tidak tercemar dan berada dalam keadaan bersih.

Ia sangat sesuai untuk mereka yang ingin meluangkan masa bersama keluarga dan juga melakukan aktiviti hujung minggu bersama rakan rakan. Jangan risau, di kawasan air terjun ini juga terdapat tempat untuk kanak-kanak bermandi. Jadi ibubapa tidak risau dan anda cuma perlu memantau anak anda sahaja semasa mereka mandi.

Selain dari aktiviti mandi, anda boleh bergambar di sini dan kongsikan di laman sosial media anda. Air jernih kebiruan ini memang sangat cantik.

Sekali tengok macam kat oversea, rupa-rupanya kat Malaysia ja. Rugi ni kalau tak datang.

Tambahan lagi, anda juga boleh berkhemah di sini bersama rakan-rakan anda. Mesti best ni kalau dapat bermalam di sini sambil menikmati suasana hutan yang jarang kita temui.

Malah, kawasan persekitaran yang nyaman dan tenang ini sangat strategik untuk mereka yang mencari tempat untuk elak dari kesesakan bandar.

Sebagai pesanan, apabila anda berada di sini, sila jaga kebersihan dan pastikan semua barang yang telah digunakan dibuang di tempatnya. Kalau kita yang tidak menjaga kawasan persekitaran kita, siapa lagi kan?

sumber gambar: twitter Jomkitamy

Destination: