Disebalik Kisah Mistik Dan Sejarah Kellie’s Castle Di Batu Gajah, Perak

November 12, 2019 - 01:59 PM


Istana Kellie atau Kellie’s Castle merupakan ‘istana’ paling terkenal di Malaysia. Terletak di Baru Gajah, Perak, istana ini merupakan salah satu bangunan bersejarah yang ada di Perak. Mula dibina pada 1915, istana milik William Kellie Smith ini dibina sebagai hadiah kepada isterinya namun tidak dapat disiapkan dan pembinaan terhenti pada tahun 1926.

Mengikut fakta sejarah, Smith merancang untuk membina sebuah istana yang besar dengan mempunyai seni bina Scottish, Moorish dan Tamilvanan. Seramai 70 orang tukang dibawa khas dari Madras, India selain batu bata dan batu marmar yang diimport khas dari sana.

Pada asalnya, istana ini akan mempunyai 6 tingkat dan di dalamnya terdapat sebuah lif dan ia merupakan lif yang pertama di Malaysia.

Selain rupa bentuk luaran yang tersergam indah, Smith juga membina 6 terowong rahsia untuk digunakan semasa kecemasan. Jika kita memasuki Kellie’s Castle sekarang, terdapat satu terowong rahsia yang ditutup di bilik penyimpanan wine istana ini.

Berbalik kepada sejarah pembinaan, pembinaan istana ini terpaksa dihentikan setelah Smith meninggal secara mengejut di Lisbon untuk mengambil lif. Isterinya, Agnes sangat sedih dan berduka cita atas berita berkenaan membuat keputusan untuk pulang ke Scotland dan menjual istana ini kepada sebuah syarikat iaitu Harrisons and Crosfield.

Kellie’s Castle Hari Ini

Hari ini, Kellie’s Castle merupakan tarikan pelancongan yang sangat popular dan pengunjung boleh memasuki kawasan istana termasuk setiap bilik serta bumbung bangunan.

Mempunyai menara 4 tingkat, bilik untuk anak – anak Smith, bilik menyimpan wine dan lain – lain, setiap bilik termasuk kaki lima istana ini mempunyai ceritanya tersendiri.

Kalau peminat kisah mistik, di koridor istana ini, katanya ramai yang mendengar perempuan menangis dan ada yang mendakwa mereka sering ternampak kelibat wanita yang akan berjalan di kawasan koridor terutamanya pada waktu malam.

Bayaran masuk yang dikenakan adalah RM5 untuk dewasa, RM3 untuk kanak – kanak dan untuk sesi penggambaran, RM50 akan dikenakan per kamera.

Kellie’s Castle beroperasi dari jam 9 pagi sehingga 6 petang, kemasukan terakhir adalah pada 5.30 petang.

 

Destination: