Jom Makan Sambil Mandi di Rimba Cafe Kuala Kedua Baling, Kedah

TARIKAN
October 22, 2021 - 05:38 PM


Baling yang terletak di negeri kedah merupakan tempat yang memberi vibe ‘kampung’ yang sangat ‘cool’.

Di Baling juga terdapat satu kedai makan yang agak unik dan menarik iaitu Rimba Cafe. Rimba Cafe ini menggunakan idea yang menarik iaitu mereka membuka kafe tetapi tempat makan adalah di dalam sungai.

Kiranya sambil makan anda boleh bermandi manda. Ataupun anda juga boleh datang ke sini untuk bermandi manda sahaja.

Sambil makan juga anda boleh merasai air sungai yang mengalir sejuk di kaki anda. Jika anda bernasib baik anda boleh melihat sendiri ikan yang melintasi di celahan kaki anda.

Banyak tempahan yang di buat di sini untuk aktiviti berkumpulan seperti family day ataupun sambutan meraikan kumpulan seperti konvoi, reunion dan pelbagai lagi.

Jika anda bertanya mengenai harga, jangan risau di sini harganya sangatlah berbaloi dan orang kedah kata “ngam lah dengan lauk yang dihidang”.

Suasana di sini amat santai dan menyeronokkan. Datang bersama ahli keluarga juga merupakan idea yang menarik. Lagi baik jika datang kena ahli keluarga yang besar.

Jika anda ingin mengetahui maklumat yang lebih lanjut, anda boleh terus kunjung ke laman rasmi facebook mereka iaitu, RimbaCafeKualaKedua serta sebarang pertanyaan boleh diajukan di situ. Selamat bersantai!

Alamat: K702, 09100 Baling, Kedah

Sumber Gambar : twitter.com/ayuhtravel

Destination: