K11 MUSEA – Tarikan Baru Di Victoria Dockside, Hong Kong

October 31, 2019 - 12:07 PM


K11 MUSEA disebut (Meu – See – Ah) merupakan tarikan terbaru di Hong Kong dan terletak di Victoria Dockside dan menawarkan lebih dari 20 jenama pertama di Asia dan menerima kolaborasi lebih dari 100 kuasa kreatif dan barisan gatronomi yang menjanjikan konsep jualan yang merangkuni 20 jenama pertama – di – Asia.

Dilhamkan oleh ‘A Muse by The Sea’, MUSEA bakal menjadi perintis dan menjadi mercu tanda dalam lanskap budaya jualan runcit. Selain membariskan pelbagai jenama kreatif, salah satu tarikan yang ada di MUSEA ini adalah keindahan reka bentuk seni bina yang turut mengumpulkan kepakaran kolektif daripada 100 orang arkitek, artis serta pereka antarabangsa dan tempatan.

Menjanjikan pengalaman beli belah yang lain daripada yang lain, dikuatkan pula dengan bentuk seni bina yang moden, K11 MUSEA akan menampilkan pelbagai rangkaian jenama dari dalam dan luar negara.

Ini termasuklah kedai MoMA Design Store yang terbesar di Asia dan juga bilik pameran Moda Operandi, sebuah platform fesyen yang membawakan jenama daripada pereka-pereka terkenal.

Ciri – ciri reka bentuk utama di K11 MUSEA ini termasuklah Opera Theatre atau atrium yang mempunyai sebuah ‘bola emas’ yang digunakan sebagai ruangan serba guna untuk pameran dan acara.

Difahamkan, butik – butik seperti Yohji Yamamoto, Kenzo dan jenama aksesori Britain, Bottletop bakal mempamerkan hiasan dalaman atau façade yang eksklusif untuk K11 ini.

Mula dibuka pada Ogos lalu, untuk ke K11 MUSEA ini, anda boleh menggunakan MTR dan turun di stesyen Tsim Sha Tsui. Ia dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam.

Destination: