Lepas Hiking Boleh Terus Mandi di Blue Pool Lata Payung Terengganu ni!
Terengganu yang tidak asing dari menjadi tempat kunjungan para pelancong di Malaysia. Nama negeri ini sudah menjadi simbolik untuk destinasi pelancongan di Malaysia.
Terdapat satu lokasi yang menjadi tumpuan terkini iaitu Gunung Sarut yang terletak di Setiu, Terengganu. Apa yang ada di Gunung Sarut ini?
Di sebalik gunung itu, terdapatnya satu ‘pool’ yang dipanggil Bluepool oleh kerana airnya yang kebiruaan seperti air laut jernih.
Kawasan gunung ini menjadi tumpuan utama untuk para pendaki gunung di sini. Untuk sampai ke Bluepool ini, anda perlu mendaki Gunung Sarut yang agak mencabar ini.
Disarankan juga untuk anda menyediakan kelengkapan mendaki kerana ianya bukan lah kawasan yang dirancang dan pendakiannya juga agak mencabar. Untuk kesenangan bersama, anda perlu mendapatkan ‘tour guide’ agar anda tidak sesat apabila melakukan aktiviti mendaki ke Bluepool ini.
Tempat ini boleh dikategorikan sebagai salah satu aktiviti lasak.
Setelah pendakian tamat, anda boleh bermandi manda di sini. Nikmat air bukit sejuk serta suasana yang tenteram bakal menambahkan lagi keseronokkan apabila anda berada di sini.
‘Nature lover’ mesti akan suka tempat begini oleh kerana ianya sangat tenang dan menyejukkan mata.
Anda dinasihatkan untuk menjaga kebersihan di sini. Jika anda berkeinginan untuk melakukan BBQ di sini, sila bersihkan semula sebagai langkah menjaga alam sekitar dan juga kebersihan tempat ini yang telah menjadi salah satu punca pelancongan negara.
sumber: twitter Ayuh Travel