Tips dan Trip Ke Pulau Ketam, Klang, Malaysia

January 23, 2020 - 05:04 PM


Saya nak kongsi pengalaman berjalan di Pulau Ketam, Klang, Malaysia. Dalam negara pun boleh kot nuh.

Pulau Ketam ialah sebuah pulau kecil yang terletak berdekatan dengan Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia. Pulau ini diasaskan sekitar tahun 1880 dan terkenal dengan rumah terapung yang berketinggian satu hingga 10 meter dari paras laut. Pulau Ketam merupakan sebuah perkampungan nelayan yang didiami oleh masyarakat Cina. Di sini popular dengan seefood. 

Nak ke Pulau Ketam ini kita perlu mengambil feri (RM14 dua hala) atau speed bot (RM20 dua hala). Kami memilih menaiki feri kerana boleh duduk atas bumbung acah2 mcm naik kapai layar sambil menikmati keindahan selat melaka dan port kapai yang sangat besar. Tiket boleh di beli di jeti. Setiap setengah jam ada ja feri ini. Tak yah kalut-kalut. 

Kereta boleh parking dekat tempat disediakan. Ada ja kosong walaupun macam penuh. Haritu, kami parking dari pukul 8:30 pagi sampai pukul 2 petang kena caj dalam RM8 (machine automatik gate). 

Saya dan rakan saya berjalan santai disekitar kampung. Permulaan sewaktu masuk ke kawasan kampung macam macam gerai kecil yang menjual souvenier dan juga restoren-restoren seafood. Air kedondong dalam botol sejuk tu sedap ! Serius pure kedondong! RM4 rasanya 1 botol. 

Suasana masyarakat ramai dan meriah. Terdapat juga kedai yang membuat khidmat menyewa basikal dan basikal elektrik. Kita boleh nak sewa basikal ataupun jalan kaki. Ramai pengunjung menyewa basikal kerana mudah untuk mereka pusing satu kampung. Kami memilih untuk berjalan kaki kerana mudah untuk mendekati masyarakat sini dan boleh menangkap gambar kehidupan harian mereka. 

Apa yang sempoi bagi saya di sini saya dapat melihat kehidupan masyarakat Pulau Ketam ini dengan lebih dekat, dapat merasai suasana perkampungan nelayan cina dan persekitarannya yang sedikit berlainan dari perkampungan nelayan yang lain. Kita boleh melihat aktiviti sosial dan pekerjaan mereka yang byk berkaitan dengan akuatik seperti pengeringan hidupan laut, keropok ikan, ikan-ikan dan lain-lain utk menjadikan makanan snek dan pelbagai. 

Di Pulau Ketam ini juga ada menyediakan chalet / hotel untuk diinapi. Harga saya tak pasti berapa sebab trip ini satu hari ja. So bukan bagpacker la kan? Tapi kami bawak bagpack juga. 

Sedikit sebanyak lampiran bergambar sempat saya rakam kan kehidupan masyarakat di Pulau Ketam ini. 

Terima Kasih

Perkongsian dari 

Anique Iskandar‎ 

Destination: