ブック Bukku Cafe - Jom Baca Buku Sambil Menikmati Hidangan Awesome Di Sini!

TARIKAN
December 14, 2020 - 04:59 PM

ブック Bukku merupakan perkataan dalam bahasa Jepun yang membawa maksud 'buku'. Itulah nama yang diberikan kepada sebuah cafe yang terletak di Bandar Bukit Raja, Klang, Selangor. Menggunakan konsep yang bersesuaian dengan namanya, cafe Bukku ini sangat sesuai untuk korang yang suka baca buku dan minum coffee dalam masa yang sama. 

Suasana di dalam kedai tersebut sangat menenangkan dengan warna tona kayu perabot dan dinding yang putih memberikan suasana cozy atau selesa buat pengunjung. Korang juga boleh pilih untuk duduk di ruangan outdoor yang mempunyai beberapa jenis pokok yang berwarna hijau bagi menyerikan lagi suasana di cafe tersebut.

Makanan di Bukku juga sangat menarik dan menyelerakan. Kami suggest untuk korang makan Salted Egg Yolk Croissant ataupun Salmon Teriyaki Rice. Dan bila korang dah kenyang, terdapat beberapa jenis hidangan kek yang boleh dipilih sebagai dessert. Sambil-sambil makan dessert dan hirup kopi, korang punya mood nak membaca tu mesti dah naik kan?

Sebab tu la kalau korang dah jumpa buku yang korang suka, dan tak boleh nak stop membaca, korang boleh bawa balik buku tersebut! Tapi korang perlu tinggalkan atau derma buku korang yang tersendiri, dengan cara ini, cafe tersebut tidak akan kehabisan stok buku dan pelanggan boleh baca buku yang baru setiap minggu. Seronok kan social environment cafe ni? Nak tahu lagi lanjut, boleh tengok link di bawah:

Alamat:  No.1, Jalan Singgahsana 4A/KU5, Bandar Bukit Raja, Klang, Selangor

Facebook | Instagram

Destination: 
Artikel berkaitan