10 Tempat Menarik di Perlis Indera Kayangan Patut Anda Pergi
Perlis merupakan negeri yang paling utara di Malaysia. Bersempadan dengan Thailand membuatkan Perlis popular dengan makanan dan pengaruh dari negara itu.
Menerima jolokan sebagai negeri Indera Kayangan membuatkan negeri ini tersimpan pelbagai hidden gems yang masih belum diterokai.
Selain itu, Perlis yang merupakan negeri paling kecil di Malaysia begitu popular dengan sawah padi yang merupakan mata pencarian buat rakyat Perlis selain nelayan.
Pada ketika ini, padi yang selepas dituai akan membiarkan sawah kosong, namun rakyat Perlis begitu kreatif dan telah menganjurkan Pesti Angin Timur buat rakyat Perlis dan sekitarnya.
Pada bulan Februari yang lepas telah berlansungnya Pesta Angin Timur di Perlis yang merupakan sebuah acara tahunan di Perlis. Acara ini berlansung dengan begitu meriah sekali dengan kehadiran beribu orang termasuk pelancong dari luar negeri Perlis.
Bagi korang yang nak datang Perlis ini 10 tempat wajib untuk korang singgah nanti.
Ladang Nipah Kipli
Tempat sejuk dan agak redup. Seperti biasa kalau datang sini jangan lupa rasa sendiri minuman air nira dari nipah. Agak manik tapi sedap. Kalau minum nira sejuk ni perghhh lagi sedap. Bau dia pun mengancam sebenarnya
So dekat sini aku order pulut ayam, laksa perli dan air nira nipah. Laksa agak mengecewakan sebenarnya sebab seingat aku masa aku detim dekat sini 7-8 tahun lepas, laksa kat sini sangat sedap. Tapi entah somehow macam ada something missing dalam laksa aku. Maybe kuah dia tak pekat sangat kot.
Apapun buat mereka yang kali pertama datang ke Perlis wajib singgah sini kalau nak tengok gaya hidup orang Perlis. Lagi satu apa yang aku boleh highlights dekat sini adalah the view sekitar Ladang Nipah Kipli.
Kalau aku datang musim panas ni aku boleh dapat view kekuningan sebab padi baru lepas dituai. Masa ni lah korang nak bergambar berlatarbelakangkan pemandangan sawah padi yang kekuningan.
Ladang Nipah Kipli terletak di kampung Sanglang. Dekat sahaja dengan Kuala Perlis.
Masjid Terapung, Kuala Perlis
Perut dah kenyang, kami terus meluncur ke Masjid terapung bagi meluangkan masa sebentar melihat sunset. Dalam perjalanan kami singgah beberapa tempat untuk bergambar dan melihat aktiviti penduduk tempatan pada waktu petang.
Terkenang pada zaman menjadi pelajar unimap satu ketika dahulu. Dekat sinilah tempat aku habiskan waktu petang kalau tak ada kelas. Sangat best terutama untuk menyaksikan pemandangan matahari terbenam di garisan pantai. Korang kalau nak lepak sambil makan-makan lokching bersaksikan matahari terbenam datanglah kat sini.
Habiskan satu hari di Kuala Perlis jika korang bercadang ke Langkawi melalui Kuala Perlis.
Restoran Asputra Ikan Bakar, Kuala Perlis
Petang tidak lengkap jika tidak merasa keenakan ikan bakar dari Kuala Perlis. Selepas menunaikan solat Maghrib di Masjid Terapung kami singgah isi perut yang sudah mula berkeroncong di Restoran Asputra Ikan Bakar.
Pilihan ikan bakar di kawasan ini sungguh banyak dan malam ini kami singgah di Asputra Ikan Bakar. Jika 7 tahun lepas, tapak restoran ini masih belum wujud dan hanya beberapa meter dari restoran ini merupakan tempat kelas harian aku di unimap.
Menu yang wajib korang cuba jika singgah di sini adalah sudah semestinya ikan bakar Kuala Perlis (jenis ikan terpulang kepada selera masing-masing), satu lagi makanan laut yang teringin kami rasa adalah mentarang. Jangan tidak tahun mentarang di sini cukup popular dan mempunyai beberapa jenis cara masakan seperti bakar dan masak pedas.
Warung Tepi Sawah, Bintong
Bermula hari kedua kami mulakan hari dengan sarapan pagi di Warung Tepi sawah yang terletak di Bintong. Warung ini merupakan salah satu tempat baru yang menjadi viral dan pilihan penduduk tempatan serta pelancong yang datang untuk melihat pemandangan sawah padi yang terbentang indah.
Bukan sahaja ianya menawarkan pemandangan yang tenang, bahkan menu makanan yang ada di sini cukup banyak dan makanan tradisional negeri Perlis juga boleh di dapati di sini.
Pelbagai menu yang aku pertama kali dengar pun ada. Menjadi pilihan aku adalah pulut bersama ikan kering. See orang kampung macam aku ni memang tak kan lari dari menu ini.
Gua Kelam 2
Dari Bintong kami bergerak untuk ke Gua Kelam 2 yang mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja. Tempat ini juga merupakan tempat berrekriasi di hujung minggu bersama teman-teman dan keluarga. Memang best luangkan masa dengan kawan-kawan sambil BBQ dihujung minggu.
Namun pada tahun 2020, Gua Kelam 2 telah dibuka kepada orang ramai melakukan aktiviti adventure menerokai jauh ke Gua Kelam 2. Kami mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk explore dengan menyeluruh ke dasar gua. Banyak tinggalan sejarah yang ada di sini dan ada diantaranya masih belum diterokai lagi.
Sejarah pelombong biji timah di Gua Kelam 2 ini juga cukup menarik minat aku dan sesekali timbul juga perasaan seram dalam diri apabila mendengar cerita dari tourist guard.
Untuk masuk ke dalam Gua Kelam 2 ini korang perlu daftar dan perlu mempunyai kelulusan oleh pihak Gua Kelam dan perlu ada pegawai pelancongan untuk masuk di dalam gua disebabkan bentuk gua dan keadaan gua yang gelap boleh mengelirukan anda. Bagi mengelak dari sesat korang tidak dibenarkan masuk sendirian tanpa pengawai yang menemani.
Pada masa akan datang mereka juga akan membuka laluan Gua Kelam 3 di mana laluan semakin mencabar dan melibatkan laluan air.
Fakta: Gua Kelam 2, terletak di Banjaran Nakawan, Kaki Bukit, di sini merupakan salah satu tempat bersejarah terpenting kerana menjadi satu-satunya gua di negara ini yang pernah dijadikan kawasan perlombongan.
Restoren Tok Mek
3 Jam habiskan masa tracking di dalam Gua, kami singgah sebentar untuk makan tengah hari di Restoran Tok Mek untuk makan tengah hari.
Perlis begiru popular dengan hidangan nasi campur di waktu tengah hari, ada banyak restoran di sekitar Perlis yang korang boleh singgah untuk mereka yang mahukan nasi campur dengan beraneka lauk pauk yang disediakan. Salah satunya adalah Restoran Tok Mek yang terletak di Jalan Kaki Bukit.
Lokasi Restoran Tok Mek ni lebih kurang 20 minit ke Padang Besar. Dekat area Beseri (tepi jalan dan berhampiran dengan Tasik Timah Tasoh )
Alamat: KM 17, Jalan Kaki Bukit, Kampung Padang Malau, 01000 Kangar, Perlis
Hannah Cookies Coffee House
Sebelum pulang ke hotel kami singgah sebentar untuk makan malam di Hannah Cookies, siapa kata kat Perlis tak ada tempat hipster? Perlis dah maju kot sekarang.
Sesuai dengan banner yang selalu menjamu mata aku ketika belajar di Pelis 10 tahun dahulu “Perlis Maju 2020”. Kalau tak percaya silalah datang ke sini. Agaak ramai orang dekat sini, menu dia pun perghhh serius kau tak tipu sedap gilerrr. Korang kena try!
Kek dan biskut ada disediakan di Hannah’s Cookies. Tapi, bukan itu menu utama mereka. Pelanggan datang ke sini untuk makanan barat seperti chicken chop, burger dan pasta.
- Alamat : Jalan Kaki Bukit, 01000 Kangar, Perlis
- Tel: 04-976 2790
Kangar Street Art
Jika korang ada masa singgahlah sebentar di Kangar Street Art, ianya hasil 80 mural dari anak muda tempatan. Menjadikan dinding lorong belakang bangunan usang di tengah bandar ini sebagai ‘kanvas’, semua mural itu dipersembahkan dengan kreativiti tersendiri untuk menampilkan tarikan serta keunikan yang selama ini sinonim serta menjadi identiti Perlis.
Nat Pokok Getah, Pauh
Hari terakhir sebelum kami bertolak balik ke Kuala Lumpur, kami sempat ke Nat Pokok Getah yang terletak di Pauh, Nat Pokok Getah merupakan sebuah pasar sehari yang bertapak di kawasan ladang pokok getah.
Memang rare sangat bagi aku yang dah lama tak pernah pergi pasar pagi. Apa yang ada kat sini? Fuhh macam-macam beb ada kat sini. Banyak benda yang ko tak pernah tengok pun ko boleh jumpa dekat sini.
Salah satunya adalah barang antik dan duit syiling Malaysia sebelum merdeka lagi. Korang pun mesti tak pernah tengok rupa dia macam mana kan ?
Korang kalau nak pergi sini sila pergi di awal pagi ya! Sebab kat sini kalau korang datang lewat korang sah tak kan jumpa parking dan orang ramai gile. Kalau nak sarapan pagi sini pun boleh tapi macam aku kata korang kena datang awal pagi. Jam 8 pagi tu korang dah kena sampai dah.
Dah alang-alang singgah sini aku bawa balik kopi Perlis jenis timbang tu dan juga daun rokok dan tembakau sebagai buah tangan dari Perlis. Buah mangga kat sini pun murah-murah weh. Aduhh tak leh tahan rasa macam nak pergi lagi.