10 Tempat Menarik Untuk Sambut Tahun Baru 2020 di Sekitar Kuala Lumpur

December 31, 2019 - 11:15 AM


1. Dataran Merdeka

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) bersama Kementerian Wilayah Persekutuan serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan menganjurkan Program Ambang 2020 @ Kuala Lumpur pada 31 Disember ini.

Program yang akan bermula pada 10 pagi hingga 12.30 tengah malam di Dataran Merdeka, itu dijadual dirasmikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. 'Pertunjukan Cahaya di Langit' akan menjadi pertunjukan istimewa, kemuncak untuk Kempen Melawat Malaysia 2020 dalam tempoh 10 minit dengan 11 formasi istimewa menggambarkan keunikan dan keistimewaan Malaysia di ambang 2020.

2. Sunway Velocity Mall

Sambutan tahun baharu bakal bermula pukul 5.30 petang dengan kehadiran pelbagai food truck dan permainan untuk pengunjung.

Manakala konsert bermula pukul 10 malam dengan persembahan artis-artis tempatan termasuk Danny Khoo, Janna Nick, Hael Husaini, Insommiacks, Jieting, Juztin Lan, Deniis Yin & Dance Crew.

3. The Square, Jaya One

Persembahan DJ dan artis bermula pukul 6.30 petang hingga 1 pagi.

4. KidZania KL

Sambutan bersama keluarga tersayang di KidZania Kuala Lumpur. Pelbagai porgram disediakan untuk anak-anak dan juga orang dewasa.

Acara bermula pukul 6.30 petang hingga 12 tengah malam.

5. Publika Shopping Mall

Menyambut tahun baharu bersama pelawak legenda Harith Iskander dan kawan-kawan sepanjang malam menjelang acara kemuncak pukul 12 tengah malam.

Dapatkan tiket lebih awal agar tidak terlepas untuk ketawa bersama mereka.

6. Plaza Arkadia, Desa Park City

Karvinal makanan telah berlangsung sejak 28 Disember lalu dengan menyediakan pelbagai jenis hidangan sepanjang hari. Acara kemuncak bakal berlangsung pada detik 12 tengah malam.

7. Mega Star Arena, Viva Home

Pelbagai aktiviti dan persembahan berlangsung bermula 8 malam. Tiket berharga RM10 dikenakan setiap orang dan ianya akan didermakan kepada Persatuan Insan Istimewa.

8. Sunway Lagoon

Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk orang ramai serta persembahan DJ terkenal seperti Hook n Sling, Tori Levett dan Woodland.

Turut disediakan sebanyak 20 vendor makanan untuk pelbagai jenis hidangan.

9. Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Program hampir satu hari itu turut menampilkan pelbagai acara menarik antaranya pertandingan e-sukan seperti ‘PubG’, ‘Call of Duty’, ‘Fifa20’ dan ‘Tekken 7’, pertandingan dron serta kendera saji yang akan berterusan hingga malam.

Turut diadakan acara Penalti Ambang 2020, ‘Netball Shootout Ambang 2020′, Beyblade yang menawarkan hadiah wang tunai lumayan.

Sambutan lebih meriah apabila pada malam berkenaan turut diadakan persembahan penyanyi popular, Black Mentor, Syamel dan Ernie Zakri.

10. KLCC

Program bakal berlangsung di Esplanade, KLCC Park bermula pukul 9 malam dengan persembahan artis-artis tanah air terkenal seperti Atilia Haron, Siti Sarah, Tasha Aleia, Hazama, Azlan and The Typewriter, Ismail Izzani, Elvira Arul Noryn Aziz dan Shalma Elyana menjelang sambutan tahun baharu.

Destination: