5 Destinasi Popular Dalam Wish List Kaki Travel Di Seluruh Dunia Untuk Tahun 2021
Dalam musim pandemik ini, setelah hampir 1 tahun, kebanyakan negara masih lagi ditutup untuk pelancong luar masuk ke negara mereka. Dan ini membuatkan kaki travel di luar sana kempunan untuk pergi melancong. Menurut Trip Advisor, ini adalah lokasi popular yang dipilih oleh kaki travel di seluruh dunia untuk mereka pergi pada tahun ini:
5) Paris, France
Kebanyakan pelancong yang pertama kali pergi ke Paris sudah tentunya ingin melawat lokasi-lokasi popular seperti The Eiffel Tower, The Louvre, dan Notre Dame. Malah kafe-kafe di sini juga menyediakan makanan yang sedap dan lain daripada yang lain. Untuk shopping, boleh pergi ke Louis Vuitton atau Les Puces.
4) Rome, Italy
Dengan gelaran 'Eternal City', Rome merupakan lokasi pelancongan unik di mana korang boleh menikmati seni bina dan pelbagai lukisan terkenal di sini. Bandar ini sememangnya sebuah lokasi yang yang sangat romantik untuk datang bersama pasangan tercinta.
3) Dubai, United Arab Emirates (UAE)
Sebuah bandar yang menggabungkan ciri-ciri moden dengan sejarah, Dubai merupakan bandar hiburan yang terbaik di dunia. Korang boleh pergi ke Dubai Opera, naik bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa, skydiving di Palm Jumeirah, naik belon udara panas di padang pasir, dan berhibur di IMG Worlds of Adventure.
2) London, United Kingdom
London merupakan bandar yang penuh dengan sejarah dan kalau korang travel ke sini, make sure korang pergi ke segala lokasi bersejarah yang sangat unik. Jangan lupa untuk singgah ke restoran yang mempunyai Michelin Star, ianya tidak la semahal yang korang sangkakan.
1) Bali, Indonesia
Siapa sangka Bali kalahkan London dan Paris. Nampaknya ramai kaki travel di luar sana yang rindukan 'syurga dunia' di Bali. Memang tidak dinafikan, pemandangan di Bali sangat cantik dan astetik seni bina, budaya, dan makanan sememangnya perfect.
Rindu Nak Travel Semula
Seperti kebanyakan kaki travel di luar sana, siapa je yang tak rindu untuk pergi travel betul tak? Korang setuju tak dengan senarai yang telah dipilih oleh ratusan pengguna Trip Advisor di seluruh dunia. Atau korang ada lokasi yang lagi best dari top 5 ni? Jangan lupa share lokasi idaman korang untuk tahun 2021 okay? Semoga kita semua dapat travel seperti biasa tidak lama lagi.