
5 Muzium Dan Galeri Terkemuka Yang Boleh Anda Lawati Secara Online
Selain Malaysia, beberapa negara telah lebih dahulu memulakan langkah dan mengumumkan sekatan perjalanan keluar mahupun masuk, ini bermaknya; kita digalakkan berada di rumah dan hanya keluar sekiranya perlu.
Disebabkan keadaan ini dilalui hampir keseluruhan dunia, ada banyak institusi dan organisasi mula menawarkan peluang untuk lawatan, tanpa perlu meninggalkan rumah. Dalam erti kata lain, melalui realiti maya (virtual reality) atau VR.
Melalui kerjasama dengan Google Arts and Culture, ratusan muzium dan galeri kini menyediakan lawatan secara maya termasuklah pameran – pameran yang terkemuka dunia. Antara koleksi yang terlibat termasuklah; Muzium Guggenheim, New York, Muzium Van Gogh, Amsterdam dan banyak lagi.
Sekiranya anda belum berpeluang untuk melawat muzium – muzium ini, inilah masa yang paling sesuai untuk lakukan ‘lawatan’. Berikut adalah 5 muzium yang boleh dilawati secara maya:
#1. Muzium British, London
Lawatan maya di muzium ikonik di London ini akan membawa anda merentas masa dan sejarah seperti mumia Mesir dan ratusan artifak.
Mulakan lawatan ke Muzium British
#2. Rijksmuseum, Amsterdam
Merupakan ‘rumah’ kepada koleksi Era Belanda, muzium ikonik ini menawarkan lawatan secara Google Street View dan ia membawa anda seolah – olah berjalan di dewan utama muzium.
Jom mulakan lawatan, boleh tengok koleksi Vermeer dan Rembrant.
#3. Muzium Guggenheim, New York
Sama seperti muzium di Amsterdam, Guggenheim juga menawarkan lawatan melalui streetview dan ‘pengunjung’ boleh berjalan di tangga berpusing yang popular di sini.
Disini juga menempatkan pelbagai koleksi seni yang menarik dari pelbagai jenis latar masa termasuklah seni kontemporari dan moden.
#4. National Gallery of Art, Washington D.C
Galeri seni di Amerika ini menawarkan dua pameran di Google dan yang pertama memaparkan pameran dunia fesyen Amerika dari tahun 1740 sehingga 1895 manakala galeri kedua memaparkan hasil kerja dari Dutch Baroque dan Johannes Vermeer.
#5. National Museum of Modern and Contemporary Art, Seoul
Muzium ini merupakan muzium paling terkenal di Korea dan ia boleh diakses dari seluruh pelusuk dunia. Virtual Tour muzium ini akan membawa anda ke 6 lantai pameran muzium dan anda akan menyaksikan 6 tingkat yang dilengkapi dengan pelbagai seni Korea dan antarabangsa.