ADIAIDA - Teringin Nak Belajar Bertukang? Korang Boleh Datang Ke Workshop Awesome Ni

November 11, 2020 - 05:26 PM


Kerja bertukang ni dikatakan sebagai kerja orang lelaki je, bukan untuk orang perempuan. Kalau korang berfikiran macam tu, korang SALAH ya. Orang perempuan pun boleh bertukang, dan ada ramai orang perempuan yang lagi power bertukang tau. Tapi untuk orang perempuan yang tak tahu, dan berminat untuk belajar, korang boleh pergi ke ADIAIDA. 

 

Pasangan Shafril Hadi (Adi) dan Aida Ihsani (Aida) bersama-sama menjalan bisnes pertukangan yang diberi nama ADIAIDA, bersempena gabungan nama mereka berdua. Kalau korang masuk ke kelas bertukang, Adi akan memberi penerangan tentang asas-asas bertukang yang korang perlu tahu. Jangan risau, bahan semua disediakan oleh ADIAIDA.

Korang akan dapat tool korang sendiri untuk digunakan semasa kelas, begitu juga dengan workstation korang yang tersendiri. Kemudian korang akan belajar cara mengukur dengan betul, drilling, menukul, dan menggunakan mesin penglampasan. Bila korang dah siap semuanya, barulah korang akan memasang bahagian-bahagian tersebut.

Jangan risau, Adi dan Aida sangat penyabar dan memahami bahawa korang yang datang kelas ni baru nak belajar, jadi tak perlu takut untuk bertanya atau buat silap. Dan mereka akan ada dengan korang sepanjang proses A-Z, tak perlu risau tentang keselamatan dan keselesaan korang okay? Korang boleh masuk ke kelas khas untuk wanita, pasangan, atau hantar anak korang masuk ke kelas kanak-kanak. 

Bukan tu je, ADIAIDA juga ada menjual perabot custom-made oleh mereka sendiri yang sangat cantik. Korang boleh usha dan pilih kalau nak beli barangan mereka. Jadi kalau korang nak belajar bertukang, terutamanya orang perempuan, bolehlah datang ke ADIAIDA. Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh pergi ke media sosial mereka dibawah:

Facebook  Instagram