Air Terjun Tekiwit Selaan - Air Terjun Terbaik Di Sarawak
Air Terjun Tekiwit Selaan dikatakan sebagai salah satu air terjun terbaik yang ada di Sarawak ketika ini. Hidden gem ini terletak di Miri, Sarawak. Kalau korang jenis nature lover, minat hiking, jungle trekking dan waterfall hunter, lokasi ini akan memenuhi kesemua minat korang. Untuk sampai ke tempat ni, memang banyak effort yang diperlukan kerana ianya terletak di dalam hutan.
Air terjun ni dah lama ada, cuma ianya baru dibuka pada tahun 2014 kepada orang ramai. Korang perlu memulakan perjalanan korang dari Selaan Segah Homestay dan Kelesa Camp. Dari situ, korang boleh menaiki kenderaan 4x4 selama 6 jam untuk tiba ke lokasi. Ya, korang tak salah baca, ambil masa 6 jam okay nak sampai sana.
Korang akan tiba di Air Terjun Selaan Segah terlebih dahulu dan kemudiannya korang perlu menyambung perjalanan selama 40 minit menggunakan 4x4 tadi, dan turun untuk jungle trekking selama 2 jam. Banyak betul effort yang diperlukan betul tak? Tapi percayalah, memang berbaloi pergi sini. Info ekstra mengenai Selaan Segah, ia merupakan kawasan penempatan Orang Penan. Dan disini juga merupakan lokasi memancing ikan yang agak mahal iaitu ikan Empurau.
Air Terjun Tekiwit seringkali digelar sebagai hidden gem di Sarawak kerana hutannya yang penuh dengan kehijauan dan pemandangan cantik. Memang ramai yang ingin lari dari kehidupan dan kesibukan bandar sering datang ke sini. Airnya juga sangat sejuk dan kalau korang tengok gambar dari atas, air terjun ni seolah-olah terbelah dua.
Untuk homestay pula, korang boleh duduk di Segah Selaan Homestay. Jangan risau, homestay ni mempunyai kemudahan Connectme. Dengan kata lain, korang boleh membuat panggilan telefon dan juga melayari internet. Untuk dapur pula, mereka juga menyediakan dan mengasingkan dapur halal dan dapur non-halal. Jadi korang tak perlu risau dari segi makanan juga. Malah homestay tu pun ada kedai runcit dan kedai makan juga kalau korang malas memasak.
Jadi itulah dia air terjun yang terbaik di Sarawak. Korang sebelum pergi tu pastikan kekuatan mental dan fizikal korang dalam keadaan baik okay? Untuk homestay tu pula korang boleh hubungi mereka di nombor +60168944271.