Anda Ada Di Kuantan? Jom Meriahkan 'Pameran Seni Haram' Ni!

October 28, 2020 - 03:31 PM


Jika anda penduduk Pahang atau berada di negeri yang ketika ini tidak terkesan dengan penguatkuasaan PKPB atau PKPD -- mungkin anda boleh berjalan-jalan ke Kuantan sambil memberikan sokongan kepada penggiat seni jalanan di sana yang sedang mengadakan 'Pameran Seni Haram'!

Pameran Seni Haram yang diadakan setiap hari Ahad bermula 18 Oktober lalu di lorong belakang Bank Rakyat Jalan Mahkota, Kuantan berlangsung meriah dengan kehadiran penggiat seni dari seluruh negeri.

Konsep pameran terbuka jalanan menggabungkan penggiat seni fotografi, lukisan dan muzik dari Kuantan dan daerah-daerah sekitarnya.

Selain aktiviti ini dapat menjadi medan penggiat seni berkumpul, ianya juga dapat memberi peluang kepada orang ramai untuk sama-sama terlibat mempamerkan hasil seni mereka.

Menurutnya lagi, tidak semua orang dapat peluang untuk pamerkan hasil seni mereka di muzium seni atau galeri yang ada di daerah ini.

Justeru, ini adalah satu usaha bagi penggiat seni di Kuantan khususnya untuk berkongsi minat dan peluang meningkatkan kenyakinan diri.

Jadi tunggu apa lagi jom kita sama-sama memeriahkan dan enjoy Pameran Seni Haram ini yang diadakan setiap Ahad bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.

Apa-apa pun sentiasa patuhi SOP, pakai pelitup muka dan jaga jarak ya!

Sumber: PAHANG MEDIA & Kredit Gambar: FB Nazrul Naruki Zuber

 

 

Destination: