Anda Bakal Transit Di Changi Airport? Jom Nikmati Lawatan Jewel Secara Percuma!

November 01, 2019 - 06:11 PM


Bagi penumpang yang sedang transit atau menunggu penerbangan seterusnya di Lapangan Terbang Jewel Changi, Singapura -- kini anda berpeluang menikmati 'Lawatan Secara Percuma' yang disediakan!

Program yang dinamakan Free Singapore Tour (FST) ini melibatkan :-

1) Lawatan ke dua ikon Jewel iaitu Forest Valley dan Rain Vortex

2) Menikmati hidangan khas Singapura di Five Spice Food Court & D'Good Café 

3) Menyaksikan keindahan secara live dari Jewel's Canopy Park - yang sepatutnya menjadi tarikan berbayar.

Lawatan itu diadakan sebanyak dua kali sehari dari pukul 10:30 pagi hingga 1:00 pagi serta dari 6 petang hingga 8:30 pagi.

Tawaran menarik itu boleh dinikmati oleh pelancong yang mempunyai masa transit di Singapura antara 5.5 jam dan 24 jam.

Selain meneroka Jewel, penumpang transit juga boleh memilih untuk menyertai lawatan FST yang lain, iaitu pelancongan warisan dan bersiar-siar di bandaraya yang diadakan sejak tahun 1987 serta telah menarik 80,000 pelancong sepanjang tahun lepas. 

Lawatan percuma itu adalah kerjasama antara Changi Airport Group, Lembaga Pelancongan Singapura dan Singapore Airlines bagi mempromosikan Lapangan Terbang Jewel Changi yang dibuka secara rasmi pada April lepas.

Destination: