Anda Mungkin Berpeluang Untuk Menyaksikan Ikan Lumba-lumba, Yu Paus Di Kangar

October 07, 2021 - 12:20 PM


Selain ikan lumba-lumba, kemunculan ikan yu paus di perairan Kuala Perlis kebelakangan ini menarik perhatian memandangkan spesis unik berkenaan sememangnya sukar ditemukan.

Menariknya, dalam tempoh sebulan ini, ikan dengan anggaran berat 18 tan metrik itu sudah ditemukan sebanyak empat kali iaitu pada 6 September serta pada Sabtu, Ahad dan Isnin lalu oleh nelayan di sekitar perairan Tukun 400 Kuala Perlis di sini.

Pengasas Pencinta Hijau dan Hidupan Liar Perlis (PNW), Syamil Abd. Rahman berkata, kehadiran ikan yu paus atau nama saintifiknya Rhincodon typus di perairan Kuala Perlis kebelakangan ini cukup mengagumkan.

“Dengan kehadiran spesies lumba-lumba, spesis paus dan spesies yu paus sebagai pemangsa, Kuala Perlis dilihat merupakan antara perairan penting bagi laluan serta habitat hidupan laut yang lain,” katanya.

Keunikan serta keistimewaan Kuala Perlis yang menjadi tumpuan pelbagai spesis unik seperti ikan lumba-lumba dan yu paus perlu dimanfaat sebaik mungkin dengan menjadikan kawasan berkenaan sebagai produk pelancongan baharu.

 Kuala Perlis juga istimewa apabila perairan di situ menjadi antara ‘lubuk’ atau tumpuan ikan lumba-lumba khususnya jenis Indo Pacific Humpback.

Siapa sangka, meskipun perairan Kuala Perlis tidak seindah pantai-pantai lain seperti Langkawi atau sebagainya namun tetap menjadi ‘pilihan’ ikan lumba-lumba tersebut.

Difahamkan sekitar 200 hingga 300 ikan lumba-lumba terdapat di perairan Kuala Perlis dengan musim kemarau di Perlis antara Disember hingga April kelibat ikan berkenaan kerap boleh dilihat di pesisir pantai di sini

Destination: